The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Tiga sebab kenapa Arsenal MENANG menentang Bayern

Eikrem pada October 21, 2015

Mengenepikan ramalan dan lamaran orang ramai, Arsenal telah bangkit dari dua kekalahan berturut-turut dalam UEFA Champions League apabila menewaskan Bayern Munich 2-0 di laman sendiri pagi tadi.

Gol dari supersub Olivier Giroud dan pemain tengah Besut Oezil telah mengambalikan keyakinan penyokong Arsenal bahawa ‘This is our season’.

Tidak bermain seperti biasa, Bayern gagal menghadirkan ancaman benar-benar serius terhadap kubu Arsenal, dan kalau ada pun hanya sekadar suam-suam kuku.

Berikut adalah tiga sebab kenapa Arsenal menang semalam.

Faktor Arsene Wenger (Faktor Petr Cech sebenarnya)

Cech Cemerlang
Cech Cemerlang

Dalam dua perlawanan sebelum ini Wenger bagaikan hilang arah dan pedoman apabila meletakkan David Ospina sebagai penjaga gawang keramatnya. Sukar untuk memahami kenapa The Professor meletakkan penjaga gol Colombia tersebut berbanding Petr Cech.

Namun setelah bermunajat dan beruzlah di tepi pantai akhirnya Wenger menemui rahsia bagaimana mahu memenangi perlawanan UCL, terutamanya untuk menentang pasukan kuat seperti Bayern – dengan memilih Cech di hadapan gol.

Cech berpengalaman luas dalam perlawanan UCL pastinya lebih tenang dari Ospina yang baru setahun jagung bermain di UCL dan kita boleh lihat hasilnya apabila Cech menyelamatkan beberapa half-chance dan full-chance Bayern dengan bersahaja dan tindakan reflek yang tinggi, walaupun sudah dimamah usia.

Tiada penyokong Bayern!

Football not worth a penny!!
Football not worth a penny!!

Ok sebenarnya ada penyokong Bayern, tetapi mereka masuk lambat ke stadium kerana membantah harga tiket yang terlalu mahal – 64 GBP bersamaan 88 Euro untuk satu tiket!

Kegilaan ini membuatkan penyokong Bayern tidak dapat fokus terhadap perlawanan kerana mereka tidak biasa dengan harga tiket yang terlalu mahal. Di Allianz Arena, penyokong Bayern hanya perllu bayar 10 Euro (7 GBP) sahaja untuk mana-mana perlawanan, tetapi memandangkan Arsenal adalah kelab bola sepak kapitalis, mereka terpaksa mengorek poket semata-mata untuk memberi sokongan.

Satu taktik yang boleh dikatakan genius oleh pengurusan Arsenal dan patut ditiru oleh kelab-kelab lain di Jerman ketika mereka menentang Bayern!

Genial Monsieur  Giroud

hmmmmmm
hmmmmmm

Incroyable! Magnifique! Superbe! Itulah barangkali gelaran yang diberikan kepada Monsieur Giroud tatkala prestasi cemerlangnya sebagai supersub. Kalau diteliti, Giroud lebih banyak membawa hasil kepada Arsenal jika memulakan permainan di bangku simpanan dan masuk sebagai supersub.

Jika dan hanya jika Giroud masuk padang, pemain Arsenal secara automatik tahu dan faham mereka perlu menghantar cross demi cross bagi menggunakan kepakaran Giroud – menanduk bola.

Berbeza dengan legenda Arsenal Thierry Henry yang tidak pandai menggunakan kepala, Giroud begitu bersahaja dan tahu di mana bola akan pergi dan dari situ dia akan menanduk dan gol. Ringkas sahaja. Tidak perlu berlari membawa bola dari tengah padang seperti Messi dan Ronaldo.


Download aplikasi The Sukan di Google Play