The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Tiga sebab kenapa Arsenal akan kalah kepada Bayern!

Eikrem pada October 20, 2015

Arsenal akan menerima kunjungan gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich untuk perlawanan ketiga UEFA Champions League dengan moral yang tinggi. Mana tidaknya, prestasi Arsenal kebelakangan ini dalam EPL agak cemerlang dan berada pada kedudukan kedua liga di belakang Manchester City.

Bayern pula baru sahaja menyambut kemenangan ke 999 mereka dan pasti mahu menjadikan Arsenal sebagai lauk ke 1000 mereka, dan mereka bakal berjaya berbuat demikian.

Ini adalah tiga sebab kenapa.

Barisan pemain Bayern yang jauh lebih mantap

Neuer di antara dua tiang gol, Boateng di hadapannya,  Martinez dan alcantara di tengah padang, Muller dan Lewandowski menggempur pertahanan lawan – tidak cukup gentar lagi ke Ozil, Sanchez, Mertesacker, Ramsey?

Ketika Bayern telah memiliki pasukan dan line up yang lengkap, Arsene Wenger masih lagi terpinga-pinga memikirkan siapa bakal menggalas tugas sebagai penjaga gol – Cech atau Ospina.

Faktor Lewandowski

Thomas Muller -Daily Sukan
Muller berganding dengan Lewandowski membentuk satu pasangan paling ditakuti di eropah

Lewandowski, pemain kebangsaan Poland ini telah menjaringkan 22 gol dalam 16 perlawanan ini ternyata begitu lapar dan ketagih untuk menjaringkan gol. Dalam perlawanan menentang Werder Bremen tempoh hari,  Lewan gagal jaringkan gol kerana pihak lawan bermain terlalu compact.

Tapi Wenger cukup tidak menggemari taktik anti-bola sepak (katanya lah, tapi guna jugak), maka walau seinci ruang pun diberikan kepada Lewan pastinya akan membawa padah kepada The Gooners.

Pep Guardiola

Pep memang dikenali sebagai jurulatih yang mahir menukar taktikal dalam perlawanan tanpa perlu menukar pemain, dan ternyata kegeniusannya jauh mengatasi The Professor – Wenger. Contohnya dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund, Pep dengan bersahaja sambil makan maggi goring di tepi padang menukar taktik dari 3-4-3 kepada 4-2-3-1. Pasukan yang hebat seperti Dortmund pun kena titik 5-1, apatah lagi Arsenal yang bermain di liga yang kurang kompetitif seperti EPL.

Yang pastinya banyak kejutan akan menunggu Sanchez dan rakan-rakannya apabila wisel mula ditiup. Semoga Arsenal mampu melakukan kejutan.

Dankeschon!


Download aplikasi The Sukan di Google Play