Tiga Bekas Pemain Real Madrid Diburu dan Dua Lagi Masih Dalam Siasatan

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Tiga bekas bintang Real Madrid, Xabi Alonso, Angel Di Maria dan Ricardo Carvalho diburu atas tuduhan lari daripada membayar cukai, semalam pihak pendakwa di Sepanyol memfailkan pendakwaan terhadap mereka bertiga.

Dalam pada itu, menurut satu kenyataan yang dikeluar dua lagi pemain iaitu Radamel Falcao dan Fabio Coentrao masih disiasat oleh pihak pendakwa selepas memperoleh maklumat daripada jabatan cukai Sepanyol.

Butiran dan pertuduahn keatas Falcao dan Coentrao tidak dapat didedahkan sekarang kerana perkara ini masih dalam siasatan. Kesemua ejen yang menguruskan pemain yang terlibat gagal dihubungi.

Situasi Xabi Alonso, Angel Di Maria dan Ricardo Carvalho adalah bergantung kepada mahkamah untuk menentukan sama ada meneruskan pendakwaan atau tidak. Alonso sebelum ini pernah menafikan perbuatan tersebut.

Pada minggu lalu Cristiano Ronaldo dituduh lari daripada membayar cukai, tetapi Ronaldo tidak berdiam diri apabila bertindak memuat naik dokumen berkaitan dakwaan untuk membersihkan namanya.

Baca juga : Ronaldo Dedahkan Pendapatannya Sebanyak RM1.06 Bilion Bagi Tahun 2015