The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Tiada Lagi Perlumbaan F1 Di Malaysia Selepas 2018

Encik Bakri pada November 22, 2016

Berita duka buat peminat perlumbaan Formula 1 (F1), tiada lagi perlumbaan F1 di Malaysia selepas tahun 2018 dan perkara ini disahkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Kontrak penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) tidak akan disambung selepas tahun 2018 kerana perlumbaan ini sudah tidak menjana keuntungan kepada negara dan jika di teruskan kerajaan terpaksa berbelanja RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan tersebut.

Nazri berkata penganjuran F1 gagal menjana pulangan seperti yang diharapkan kerana jumlah peminat F1 dari dalam dan luar negara yang hadir menyaksikan perlumbaan semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

“Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan.

“Sehubungan itu, kontrak penganjuran F1 untuk tempoh 2016 hingga 2018 ini adalah yang terakhir dan ia tidak akan disambung. katanya.

Walaubagaimanapun penganjuran perlumbaan Moto GP akan diteruskan seperti sedia ada.

“Ia berbeza dengan perlumbaan Moto GP yang sehingga kini berupaya menarik peminat dari dalam dan luar negara, selain memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menonjol di arena antarabangsa.”

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dilaporkan bersetuju penganjuran perlumbaan F1 dihentikan susulan penurunan jumlah penonton dan jualan tiket.