Tiada Kemenangan Dalam Lima Perlawanan, Bagaimana Pasukan Lama Klopp Bangkit?

Eikrem 5 bulan yang lalu

Lima perlawanan liga tanpa kemenangan bukanlah satu rekod yang boleh dibanggakan oleh kelab bakal juara, Liverpool. Pasukan Merah dari Merseyside itu sekadar mengutip dua mata dalam lima perlawanan lalu, iaitu ketika seri 1-1 menentang Chelsea dan Manchester United.

Dalam perlwanan lain, Liverpool tewas kepada Hull dan Swansea. Namun, semalam Liverpool berjaya menewaskan Tottenham Hotspur 2-0, hasil jaringan Sadio Mane di awal permainan.

Tak pasti penyokong ini sedang menangis atau tidur

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pasukan yang dikendali Klopp gagal menang dalam lima perlawanan berturut-turut, malah sebenarnya pernah berlaku ketika dia di Mainz 05 dan Borussia Dortmund. Tapi senang cerita, hampir setiap musim pasukan bawah Klopp akan mengalami masalah tidak menang lama-lama ni. Musim ni tak pasti dah habis kuota atau baru nak bermula.

Berikut kami kongsikan bagaimana pasukan Klopp bangkit daripada masalah melanda tanpa melibatkan penggunaan dadah atau makjun.

Nota : W = menang, D = seri, L = kalah.

Musim 2000-01

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara April 20, 2001 and Mei 20, 2001

Prestasi ketika itu : LDLDL

10 perlawanan berikutnya : WWLWWDWWWW (Musim berikutnya)

Klopp di Mainz05

Musim 2003-2004

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara Februari 16, 2004 and Mac 15, 2004

Prestasi ketika itu : DDDDD

10 perlawanan berikutnya: WLDDLWWWDW

Musim 2004-2005

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : Sembilan perlawanan antara November 27, 2004 and Februari 26, 2005

Prestasi ketika itu : LLLLLLLDL

10 perlawanan berikutnya : WDWLLDWWLW

Musim 2005-2006

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : Enam  perlawanan antara Februari 4, 2006 and Mac 4, 2006

Prestasi ketika itu : LDLLLD

10 perlawanan berikutnya: WWDLDDDWWD

Musim 2005-2006

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara Mac 25, 2006 and Mei 3, 2006

Prestasi ketika itu : DLDDD

10 perlawanan berikutnya: WWDWDDLLDD

Musim 2006-2007

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : 17 perlawanan antara Ogos 19, 2006 and Disember 16, 2006 – paling teruk!

Prestasi ketika itu : DDLLDDLLLDLLDLDDL

10 perlawanan berikutnya: WWDWWWLWLL

Musim 2006-2007

Pasukan : Mainz 05

Rekod tidak menang : Tujuh perlawanan antara Mac 18, 2007 and Mei 5, 2007

Prestasi ketika itu : LLLLDLL

10 perlawanan berikutnya: WLWWLWWDLW (sembilan perlawanan adalah dalam musim berikutnya)

Musim 2008-2009

Pasukan : Borussia Dortmund

Rekod tidak menang : Lapan perlawanan antara Januari 28, 2009 and Mac 14, 2009

Prestasi ketika itu : LDLDDDLD

10 perlawanan berikutnya: WWWWWWWLWD

Musim 2009-2010

Pasukan : Borussia Dortmun

Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara August 1, 2009 and September 19, 2009

Prestasi ketika itu : LDDLD

10 perlawanan berikutnya: WLWWDLWDDW

Klopp di Dortmund

Musim 2012-2013

Pasukan : Borussia Dortmund

Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara April 30, 2013 and Mei 25, 2013

Prestasi ketika itu : LDDLL

10 perlawanan berikutnya: WWWWWWWLDW (Semua perlawanan adalah dalam musim berikutnya)

Musim 2014-2015

Pasukan : Borussia Dortmund,

Rekod tidak menang : Enam  perlawanan antara December 9, 2014 and Februari 4, 2015

Prestasi ketika itu : DLDLDL

10 perlawanan berikutnya: WWWLWWDDLW

Adakah Hendo pilihan kapten terbaik?

Musim 2015-2016

Pasukan : Liverpool

Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara Januari 26, 2016 and Februari 9, 2016

Prestasi ketika itu : LDLDL

10 perlawanan berikutnya: WDWLWWWDLD

Nota :

1- Artikel diolah dari Mirror Football