The Sukan Confessions : Apabila Seorang Pemain Menjadi Bidan Terjun Di Gawang

The Sukan 2 minggu yang lalu

Bermain bola padang dan tidak cukup pemain terutamanya penjaga gol seakan menjadi barah di dalam perlawanan persahabatan antara pasukan komuniti. Tentu ramai pernah melaluinya.

Inilah terjadi kepada seorang pemain yang terpaksa menjadi penjaga. Segalanya bermula baik tapi takdir penentu segala. Ikuti pengakuan pemain yang bernama Safwan ini di bawah.

Add friend beliau di FB untuk memberi kata-kata semangat.

Apabila Seorang Pemain Menjadi Bidan Terjun Di Gawang

Assalamualaikum admin, harap admin mendedahkan nama aku melalui kisah yang bakal aku ceritakan ini. Aku juga mahu popular walaupun kayu.

Petang tadi aku jadi bidan terjun masa main bola sepak. Disebabkan pasukan aku tadi tak ada penjaga gol. Maka akulah insan terpilih untuk mengisi posisi tersebut.

Separuh masa pertama pasukan aku mendahului pasukan lawan 3-0. Sukanya aku ingatkan disini, aku adalah penjaga gol bertaraf bidan terjun. Tanpa bolos.

3-0 dah rasa macam De Gea

Itu satu kejayaan besar bagi aku. Jadinya bila tamat separuh masa pertama tu, aku berkira-kira hendak menukar nama aku menjadi Safwan De Gea.

Jalan punyalah berkepak masa tu sebab tak bolos.

Punyala berkepak

Separuh masa kedua bermula. Bila wisel penamat dibunyikan, pasukan aku tewas 3-4. Ya aku bolos 4 bijik semasa separuh masa kedua.

Masa tu aku terfikir nama Safwan De Gea eloklah di tukar kepada Safwan The kayu.

Versi Asal

Jika anda mempunyai kisah dan pengalaman menarik mengenai sukan hantarkan kepada kami.