The Sukan Confessions #2 : Perkara Menyedihkan Dalam Bola Sepak Moden

The Sukan oleh The Sukan 2 minggu yang lalu

Dengan perkembangan tekonologi, maka wujudlah telefon pintar yang dapat diakses dimana-mana sahaja dengan talian internet yang semakin berdesup malah ada yang tanpa had maka tontonan video menjadi pilihan.

Siaran langsung dan bola sepak sesuatu yang tidak dapat dipisahkan temporari ini. Tetapi di Malaysia agak terhad bagi peminat bola sepak untuk menyaksikan siaran langsung pasukan kesayangan mereka.

Bukan sekadar siaran langsung yang terhad malah untuk melihat rangkuman perlawanan juga sukan dan bergantung kepada individu-individu yang rajin serta setia membuat rangkuman atas inisiatif sendiri.

Satu kerja yang terpuji buat mereka ini walaupun ada yang masih tidak bersyukur dan sentiasa mengutuk kualiti video rangkuman yang di tahap 3gp kerana diambil menggunakan potato.

Ikuti luahan lelaki ini yang mungkin sekian lama terbuku dihati beliau.

Salam admin... Tolong hide FB aku.. Aku dah berkahwin dan kerja sedap la jugak.. tapi aku bukan nak cerita pasal rumahtangga tapi kesedihan dalam bola sepak Moden.

Perkara Menyedihkan Dalam Bola Sepak Moden

Tahu tak apa yang paling menyedihkan dalam dunia bola sepak moden ini.

1. Terpaksa bergantung terhadap video-video live streaming Facebook yang bergegar sana sini.

2. Peminat terpaksa membuat siaran langsung dengan usaha sendiri jika pasukan kesayangan mereka tidak diberikan siaran langsung.

3. Menyunting video yang bergegar sana sini untuk dibuat highlights dengan usaha sendiri. Juga, semuanya dilakukan oleh peminat sendiri.

Kita ada kelompok peminat yang agak fanatik. Namun semuanya telah dihancurkan dengan cara marketing yang tidak sistematik, carca merba, pengurusan liga yang sering berubah dan si kapitalis yang hanya ingin keuntungan semata-mata tanpa memberikan servis yang terbaik buat peminat bola sepak di Malaysia.

2017 guys!

Kita masih menonton video highlights yang bergegar macam gempa bumi.

Itu pun mujur juga ada usaha dari kalangan peminat-peminat bola sepak Malaysia yang masih bersemangat.

Sumber Asal


Share Tweet


Paparkan Komen