The International Dota 2 Championship : Team Liquid Membawa Pulang Hadiah RM46.43 Juta

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pasukan Dota yang bergelar Team Liquid telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM46.43 juta bersamaan USD10.8 juta apabila dinobatkan sebagai juara The International Dota 2 Championship 2017.

Pertandingan yang bermula pada 7 Ogos lalu dan berakhir pada 13 Ogos menyaksikan Liquid menewaskan pasukan dari China Newbee yang merupakan juara 3 tahun lalu. Newbee membawa pulang hadiah RM16.7 juta (USD3.9 juta).

Liquid yang berpengkalan di Eropah ditubuhkan pada tahun 2012 dan prestasi terbaik mereka adalah dengan menduduki tempat ke-7 pada 2013 dan tempat ke-8 pada 2016.

Dalam perjalanan ke Grand Final, Liquid menewaskan Team Secret, Team Empire, Virtus.pro, LGD Gaming dan LG.Forever Young.

Kejayaan Team Liquid merupakan kejayaan ketiga pasukan yang berpengkalan di Eropah muncul juara sekaligus menyamai rekod kejuaraan pasukan dari China.

Wakil dari Malaysia, Fnatic tersingkir pada peringkat kumpulan manakala dua lagi pasukan dari Asia Tenggara, Execration dari Filipina dan TNC Pro masing-masing tersingkir pada pusingan pertama dan kedua.

Tue "ah fu" Soon Chuan | Foto : SevenPie.com

Pemain dari Malaysia, Tue "ah fu" Soon Chuan memberi kebanggaan buat negara serantau apabila pasukan yang dianggotainya dari dari China, LGD.Forever Young berjaya menduduki tempat ketiga.

Pemenang Dan Hadiah

Sebanyak 18 pasukan berentap di The International Dota 2 Championship yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM105,641,923.60 bersamaan USD24,573,604 sahaja.

Berikut merupakan pemenang dan hadiah kemenangan mereka.

1. Team Liquid (US$10,812,386)
2. Newbee (US$3,931,777)
3. LGD.Forever Young (US$2,580,228)
4. LGD Gaming (US$1,720,152)
5-6. Virtus.pro, Invictus Gaming (US$1,105,812)
7-8. Team Empire, OG (US$614,340)
9-12. Team Secret, Evil Geniuses, TNC Pro Team, Digital Chaos (US$368,604)
13-16. Execration, Cloud9, Infamous, iG Vitality (US$122,868)
17-18. Fnatic, Hellraisers (US$61,434)

Team Liquid - Road To Final


Share Tweet


Paparkan Komen