The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Thailand Mengkaji Kemungkinan Wujudkan Kuota Untuk Pemain Asia Tenggara

Eikrem pada August 16, 2016

Liga Perdana Thailand (Thai Premier League, TPL) merupakan liga bola sepak yang terbaik di Asia Tenggara, dan merupakan antara yang terbaik di Asia, di belakang Jepun, Korea dan China.

florent sinama
Florent Sinama Pongole – bekas pemain Liverpool kini bermain untuk kelab Chainat Hornbill di TPL | Gambar : Twitter Florent Sinama

Kelab mereka seperti Bangkok Glass, Muangthong United dan Buriram FC juga dilihat mampu menjadi juara AFC Champions League dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Dalam perkembangan terbaru, TPL dikatakan sedang berkira-kira untuk memberikan kuota import kepada pemain Asia Tenggara sebanyak satu slot untuk setiap pasukan.

Kuota import Liga Thailand

Kuota import keseluruhan sekarang : 4+1 (Empat pemain dari seluruh dunia, satu dari Asia)

Cadangan kuota import yang baru : 3+1+1 (Tiga pemain dari seluruh dunia, satu dari Asia, satu dari Asia Tenggara)

Apakah kebaikan perubahan kuota import ini kepada bola sepak Malaysia?

Seperti yang diketahui, ranking MA Thailand, di tangga kelima Zon Timur, jauh lebih tinggi meninggalkan Malaysia di tangga kelapan, dan MA Thailand mendapat satu slot automatik ke ACL dan dua slot play-off pusingan kedua ACL.

Jika pemain Malaysia dapat bermain bersama kelab-kelab atasan, maka peluang pemain Malaysia untuk merasai bola sepak tahap tertinggi Asia akan menjadi kenyataan.

Di samping itu, memandangkan kelab Thailand dibenarkan untuk mengambil lima import, maka persaingan untuk merebut tempat menjadi semakin sengit dan secara tidak langsung akan menambah baik kualiti pemain yang bermain di TPL.

TETAPI

Purata gaji bermain di Liga Thailand adalah jauh lebih rendah berbanding purata gaji pemain di liga Malaysia. Jadi, adakah pemain Malaysia berminat untuk bermain di liga yang lebih ‘miskin’ berbanding Liga Malaysia yang kaya raya?

Kenapa pemain Thailand power? Klik di sini.


Download aplikasi The Sukan di Google Play