Thailand Lantik Jurulatih Kelas Dunia Untuk Pasukan Kebangsaan

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah melantik Milovan Rajevac sebagai ketua jurulatih pasukan Gajah Perang tersebut, menggantikan Kiatisuk Senamuang yang meletakkan jawatan bulan lalu selepas tewas 0-4 di tangan Jepun pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

FAT telah membuat pengumuman rasmi ini menerusi laman Facebook rasmi mereka.

"Persatuan Bola Sepak Thailand dengan sukacitanya mengumumkan Encik Milovan Rajevac, jurulatih bola sepak berbangsa Serbia yang penuh berpengalaman sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan Thailand," kenyataan tersebut berbunyi.

Jurulatih berusia 63 tahun tersebut telah membawa Ghana layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan perlawanan pertamanya bersama Thailand adalah pada 6 Jun 2017, di mana Thailand akan bertemu Uzbekistan dalam satu perlawanan persahabatan, sebelum bertemu UAE pada 13 Jun untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Thailand kini berada di tangga terbawah kumpulan kelayakan dengan satu mata dan tidak mungkin mereka akan layak ke Piala Dunia 2018 nanti.

Totchtawan Sripan

Sebelum ini, FAT telah menyenaraipendek jurulatih Muanghtong United, Totchtawan Sripan, sebagai ketua jurulatih Thailand, namun FAT bersikap bertimbang rasa dengan membatalkan hasrat tersebut memandangkan Muangthong sedang beraksi cemerlang baik di pentas domestik atau Asia.

Bagus betul FAT ni.

Sumber berita : Daily Mail Sports, ESPNFC




Paparkan Komen