Terpegun Kento Momota Diperdaya Lee Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Master Malaysia dan bertemu Kento Momota dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Kento Momota menguasai pertarungan memaksa Lee Zii Jia berlari ke segenap gelanggang untuk membalas pukulan pemain nombor satu dunia.

Ke kanan ke kiri, lari-lari kecil untuk mempertahankan daripada kehilangan mata.

Akhirnya Lee Zii Jia berjaya memperloleh mata dengan satu permainan jaring yang cantik selepas dipermainkan.

Pada mulanya Kento Momota mahu membiarkan saja pukulan balas Lee Zii Jia namun apabila menyedari jangkaannya salah, semuanya sudah terlambat.

Bola jatuh tepat ke atas garisan gelanggang dan tidada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Kento Momota selain terpegun.

Reaksi dan riak wajah Kento Momota menceritakan segalanya.

PERODUA Malaysia Masters 2020 | Play of the Day Semifinals

Play of the Day | An overload of deft control where there is no room for error 👀 🏸#HSBCBWFbadminton #MalaysiaMasters2020 #HSBCRaceToGuangzhou #WorldTour

Posted by BWF — Badminton World Federation on Saturday, 11 January 2020

Lee Zii Jia kandas di ditangan Momota dengan keputusan 10-21, 19-21. Tewas mudah pada set pertama dan memberi tentangan sengit di set kedua.

Namun itu tidak cukup menghalang Momota ke final dan bertemu pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Gelaran Master Malaysia menjadi milik Momota selepas menewaskan Axelsen 24-22, 21-11.

Kento Momota Terlibat Kemalangan

Kento Momota bersama empat lagi terlibat dalam kemalangan maut di KM13.7 Lebuhraya MEX, Serdang, van tersebut telah melanggar sebuah lori 30 tan membawa muatan pasir yang bergerak terlalu perlahan.

Pemandu van, Bavan a/l Nageswarau,24 tahun, meninggal dunia di tempat kejadi selepas van yang membawa Momota dan rakan pemain badminton lain melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke KLIA.

Selain Momota, van tersebut turut membawa pegawai teknikal badminton dari Britain, Foster William Thomas, fisioterapi Jepun Hirayama Yu dan juga penolong jurulatih Marimoto Arkifuki.

Momota mengalami luka di beberapa bahagian muka termasuk di sinus maksila dan patah tulang hidung dan terpaksa menarik diri daripada Master Indonesia.

Share on facebook
Share on twitter