The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Terengganu Uji Bekas Pemain Kebangsaan Kanada

Encik Bakri pada December 16, 2015

KUALA TERENGGANU: Terengganu uji bekas pemain Kebangsaan Kanada, Tamandani Nsaliwa, menjadi pemain asing pertama menjalani latihan untuk mencuba nasib menyarung jersi Terengganu, musim depan.

Pemain kelahiran Lilongwe, Malawi yang memiliki kerakyatan Kanada dan Jerman berusia 33 tahun itu menjalani latihan di padang latihan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Difahamkan, Terengganu kini lebih tertumpu mencari awang import untuk memperkuatkan jentera serangan.

Pemain keempat yang dicari itu adalah bagi mengisi kekosongan penyerang musim ini, Paulo Rangel, yang ditamatkan kontrak baru-baru ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof, berkata Nsaliwa menjalani latihan dan diberi peluang membuktikan kebolehannya.

“Kita memberi peluang kepada Nsaliwa walaupun kita sudah memiliki Lopez yang bermain di posisi tengah.

Saya dimaklumkan ada beberapa lagi pemain import akan tiba dalam minggu ini untuk menjalani sesi pemilihan,” katanya.

Nsaliwa pernah menyarung jersi kelab Nurnberg FC pada 2000 hingga 2001, Saarbrucken FC (2001-2003), SSV Jahn Regensburg (2003-2004), Saarbrucken FC (2004-2006), Panionios (2006-2007).

Selain itu, AEK Athens (2007-2010), Lillestrom SK (2009-2010 pinjaman), SD Ponferradina (2011-2012), Esbjerg (2012), Kavala (2012-2013) dan Bucaspor (2013- 2015).


Download aplikasi The Sukan di Google Play