The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Terengganu dan PDRM Pergi Meninggalkan Liga Super

Encik Bakri pada October 23, 2016

Terengganu dan PDRM sah meninggalkan Liga Super setelah tewas dalam perlawanan terakhir Liga Super semalam, kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam Liga Perdana musim hadapan.

Jalan ceritanya sama, kedua-dua pasukan ini tersingkir setelah tewas melalui jaringan pada minit akhir perlawanan. Terengganu tewas 0-1 kepada Pulau Pinang dan PDRM tewas 1-2 kepada Sarawak. Kemenangan ini juga menyaksikan Pulau Pinang dan Sarawak kekal di Liga Super untuk musim hadapan.

JDT meneruskan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Selangor 2-1. Selangor gagal mancatat kemenangan semangat untuk dibawa ke perlawana akhir Piala Malaysia minggu hadapan.

Seri 2-2 menentang Perak sudah cukup untuk Kelantan menamatkan saingan di tangga ke-4 liga. Satu prestasi yang baik dari Kelantan yang dari awal musim mengalami berbagai masalah dalaman.

Dalam satu lagi perlawanan liga perdana, Melaka menamatkan musim gemilang di Liga Perdana walaupun sekadar seri 1-1 menentang Sime Darby itu sudah cukup untuk diraikan oleh kira-kira 30 000 orang penyokong yang hadir di Stadium Hang Jebat. Melaka dan PKNS bakal beraksi di Liga Super musim hadapan.

Kedudukan Akhir Liga Super 2016kedudukan-akhir-liga-super


Download aplikasi The Sukan di Google Play