Tengkorak Pemain Hull City Retak Ketika Menentang Chelsea

Eikrem 6 bulan yang lalu

Pemain tengah Hull City, Ryan Mason telah mengalami retak tengkoraknya setelah kepalanya berlaga dengan kepala pertahanan Chelsea, Gary Cahill. Akibat daripada perlanggaran itu, Mason terbaring dan memerlukan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans sambil diberikan bekalan oksigen.

Cahill walaubagaimanapun dapat meneruskan permainan seperti biasa. Mungkin inilah satu contoh kepala batu.

Di hospital, Mason terpaksa dibedah demi menyelamatkan nyawanya dan menurut kenyataan rasmi Hull City, Mason kini sudah kembali stabil dan mereka berterima kasih kepada pihak hospital St. Marry di atas kecekapan mereka menjalan tugas.

Menurut Cahill, ketika insiden berlaku dia cuba mencabar bola hantaran lintang namun kepala mereka bertaut. Cahill juga berharap Mason cepat sembuh, mungkin untuk hilangkan rasa bersalahnya.

Perlawanan tersebut dimenangi Chelsea hasil jaringan Diego Costa dan Cahill sendiri.

Ini adalah video perlanggaran kepala kedua-dua pemain. Memang sakit!