The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Tarikh Liga Super Dan Liga Perdana 2016

Encik Bakri pada November 27, 2015

KUALA LUMPUR: Tarikh Perlawanan Liga Super 2016 dan pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2016 menerusi Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, akan berlangsung pada 13 Februari.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya menyatakan bahawa perlawanan sulung Liga Perdana 2016 pula, akan berlangsung sehari sebelum itu pada 12 Februari.

RASMI: Piala Sumbangsih & perlawanan sulung Liga Super 2016 pada 13 Februari 2016. Perlawanan sulung Liga Premier 2016 pada 12 Februari 2016

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, 25 November 2015

Perlawanan Piala Sumbangsih adalah perlawanan pembuka tirai yang menyaksikan pertemuan antara juara Liga Super dan juara Piala Malaysia. Pemenang perlawanan berkenaan akan meraih tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta Liga Super.

Untuk rekod, juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor merupakan pasukan paling banyak merangkul Piala Sultan Ahmad Shah sebanyak lapan kali — 1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002, 2009 dan 2010.

FAM masih mengekalkan format 24 pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana, masing-masing 12 pasukan bagi setiap liga berkenaan. Bermula 2016, Football Malaysia Limited Liability Partner­ship (FMLLP) yang diterajui bekas Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam bertanggungjawab menguruskan perjalanan Liga-M termasuk saingan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Januari lalu, mengumumkan penubuhan FMLLP selepas menandatangani perjanjian dengan syarikat peneraju media antarabangsa, Media Partners & Silva (MP & Silva) yang memberi jaminan pendapatan RM1.26 bilion ke arah kerjasama itu, sepanjang tempoh kontrak selama 15 tahun.

– BERNAMA


Download aplikasi The Sukan di Google Play