Tambahan Bilangan Pasukan - Format Baru Piala Suzuki AFF 2018

Syafiq Freman oleh Syafiq Freman 1 tahun yang lalu

Format baru Piala Suzuki AFF 2018 akan sedikit berubah. Keseluruhan pasukan yang terlibat pada edisi akan datang akan bertambah kepada 10 dari 8 untuk edisi sebelumnya.

Setiap kumpulan akan mempunyai 5 pasukan yang bertanding. Setiap pasukan juga akan berpeluang untuk bermain sebanyak 2 perlawanan di negara sendiri dan 2 perlawanan lagi di stadium pasukan pihak lawan.

Untuk format separuh akhir dan akhir, tiada perubahan yang akan dilakukan.

"Ianya akan banyak membantu dari segi perspektif keuntungan. Akan berlaku lebih perlawanan di tempat sendiri, lebih perlawanan bola sepak di kaca TV dan ianya bermakna lebih keuntungan," jelas Sasikumar, Managing Director Kumpulan Red Card.




Paparkan Komen