Takumi Minamino Cipta Rekod Di Rancangan TV Jepun

Share on facebook
Share on twitter

Pemain baru yang diikat oleh Liverpool Takumi Minamino telah mencipta rekod tersendiri di rancangan TV di Jepun apabila berjaya menyempurnakan cabaran.

Jepun sememangnya terkenal dengan rancangan hiburan tv yang luar biasa, pelik, tidak masuk akal namun menghiburkan.

Saluran Honoo-no Taiiku-kai TV telah menjemput Takumi Minamino sebagai tetamu bagi menyempurnakan cabaran itu.

Minamino telah menjadi pemain bola sepak pertama berjaya menyempurnakan cabaran yang ditetapkan oleh rancangan tv tersebut.

Peserta dikehendaki menjatuhkan 15 sasaran yang diletakkan di dalam gawang gol dalam tempoh 100 saat.

Minamino agak bergelut dan membuat permulaan yang perlahan dalam cabaran namun mula mendapat rentak.

Pemain Jepun itu berjaya menghentam 15 sasaran tersebut ketika masa masih berbaki 4 saat iaitu dalam masa 96 saat.

Apa yang sukar dalam cabaran ini, sepakan voli wajib dilakukan dengan bola yang dilambung oleh mesin dan bukan satu tendangan terus.

Daripada cabaran ini, anda boleh lihat Minamino seorang yang agak bagus dalam melakukan sepakan voli di bawah tekanan.

Sebelum ini pemain paling hebat di muka bumi ini dengan gerakan lincah mengalahkan belut di padang, Lionel Messi pernah membuat cabaran hampir sama.

Lionel Messi telah dijemput oleh saluran TV Honoo-no Taiiku-kai untuk dengan cabaran yang hampir sama dengan apa yang dilakukan Minamino.

Hampir sama tetapi tidak serupa di mana, Messi perlu menjatuhkan 20 sasaran dalam tempoh 100 saat, lebih mencabar daripada Minamino bukan?

Tetapi Messi tidak perlu melakukan voli dan hanya perlu melakukan tendangan bebas dengan bola yang digolekkan daripada mesin.

Messi melakukannya dalam tempoh 93 saat dengan 7 saat berbaki sebelum masa yang ditetapkan tamat.

Maka jelas Minamino lebih handal berbanding Messi bukan?

Share on facebook
Share on twitter