Syahmi Safari Menang Gol Terbaik Piala Suzuki AFF

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 hari yang lalu

Gol Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 menetang Thailand pada 5 Disember 2018 telah memenangi anugerah Gol Terbaik Piala Suzuki AFF di Malam Anugerah AFF 2019.

Pada awal tahun ini Gol Syahmi Safari telah dipilih sebagai gol terbaik kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 dan FAM mencadangkan gol tersebut untuk dihantar untuk anugerah PUSKAS. Lepas tu tiada khabar berita.

Gol Syahmi Safari yang padu dan cantik itu terhasil ketika Malaysia menentang Thailand menjadi tular dan bualan ramai.

VIDEO: Ucapan Syahmi Safari, pemenang Gol Terbaik Piala Suzuki AFF pada Malam Anugerah AFF 2019 di Hanoi, Vietnam.Syahmi, 21, ketika ini dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi aksi Harimau Malaya menentang Tajikistan, Thailand & Indonesia.#FAM #HarimauMalaya #AFFAwards

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, 8 November 2019

Syahmi yang tidak hadir ke anugerah tersebut kerana berada di kem latihan pusat bersama pasukan Harimau Malaya, bersyukur dengan kemenangan ini dan mengutuskan ucapan terima kasih.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang menghadiri majlis berkenaan telah menjadi wakil Syahmi bagi menerima anugerah itu.

Selain itu Syahmi juga telah dipilih berada dalam Kesebelasan Terbaik AFF(BestXI) yang turut menyenaraikan dua lagi pemain Harimau Malaya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Syamer Kutty Abba.

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tersenarai sebagai tiga calon akhir bagi Jurulatih Terbaik yang dimenangi ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo.

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya juga turut tercalon dalam senarai tiga calon akhir bagi Pasukan Terbaik Lelaki tetapi tewas kepada Vietnam.

Pemain futsal kebangsaan, Khairul Effendy Bahrin juga tersenarai antara tiga calon akhir bagi Pemain Futsal Lelaki.

Bagaimana Gol Padu Syahmi Safari Terhasil?

FAM sebelum ini pada 22 Februari 2016 turut menghantar surat cadangan pencalonan kepada FIFA untuk anugerah Puskas, seperti umum ketahui gol dihasilkan bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menerusi sepakan percuma unik itu muncul pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.

Keputusan untuk menghantar surat rasmi kepada FIFA dibuat selepas mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM. Namun tiada khabar berita, tak lepas latu kan?

VIDEO GOL SYAHMI SAFARI KE PUSKAS?

FAM SETUJU CADANG GOL SYAHMI SAFARI UNTUK ANUGERAH PUSKAS FIFA 2019Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol pemain muda kebangsaan,Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 pada 5 Disember 2018 dicalonkan ke Anugerah Puskas 2019.Biarpun mengetahui bahawa senarai 10 calon gol tercantik itu nanti akan dicadangkan dan dipilih sendiri oleh FIFA dan jawatankuasa pemilihannya,FAM berpendapat surat cadangan pencalonan tetap perlu dihantar kepada FIFA sebagai tanda sokongan FAM dan bagi memastikan gol berkenaan mendapat perhatian FIFA.Sebagai rekod,gol Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas pada tahun 2016 juga dicadangkan oleh FAM.*Berdasarkan gol ini,dalam skala 1-10,berapa skala yang anda dapat bagi?

Posted by ROTP on Wednesday, 6 March 2019

Gol padu dan cantik Syahmi Safari terhasil menerusi satu gerakan berpasukan pada minit ke-28 ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018.

Gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan deras Syahmi.

Gol tersebut merupakan gol penyamaan dari Syahmi selepas pasukan negara jiran, Thailand terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-21 hasil jaringan Thitipan Puangchan.

Harimau Malaya tidak perlu menunggu lama apabila 7 minit kemudian pemain pertahanan Syahmi Safari menyamakan kedudukan.

Syahmi Safari merembat kencang menewaskan penjaga gol Thailand dan bola masuk penjuru gawang lalu terkulai layu.

1. Gol ini bermula dari Farizal Marlias yang menghantar bola kepada Shahrul Saad kemudiannya dihantar kepada Nazirul Naim.

2. Nazirul menghantar pula bola kepada Akram Mahinan dan membuat larian untuk kembali menerima bola.

3. Selepas menerima bola, Nazirul segera menghantar kepada Syamer sebelum Nazirul kembali mendapat bola dan terus menghantar kepada Matyo.

4. Matyo memilih menghantar bola kepada Syahmi Safari yang membuat larian dari bawah.

5. Larian dibuat Sumareh dan Zaquan yang terus ke atas menarik pemain Thailand dan memberi ruang secukupnya kepada Syahmi.

Nama : Syahmi Safari
Umur : 20 Tahun
Asal : Selangor
Tinggi : 1.69m
Pasukan : Selangor

Rekod musim 2018 bersama Selangor

Gol : 5
Bantuan Gol : 0
Penampilan : 13



Paparkan Komen