Punca Sumber Pendapatan Cristiano Ronaldo Sebanyak RM1.06 Bilion

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 tahun yang lalu

Gestifute merupakan syarikat menguruskan karier ahli sukan yang dimiliki oleh Super Ejen, Jorge Mendes telah mendedahkan bahawa pendapat Cristiano Ronaldo bagi tahun 2015 adalah sebanyak-banyaknya berjumlah RM1.06 Bilion.

Dari manakah Ronaldo memperoleh pendapatan sebanyak itu? Adakah dengan menjual seluar dalam? Dibawah kami senaraikan sumber pendapatan Ronaldo yang majoritinya berasal dari hak imejnya.

Kontrak bersama Real Madrid

Sebelum mengikat kontrak baru Ronaldo menerima gaji sebanyak RM1.6 juta (£288,000) seminggu atau RM83.5 juta (£15 juta) setahun selepas cukai.

Selepas menandatangani kontrak baru selama 5 tahun Ronaldo kini menerima RM2.03 juta (£365,000) seminggu.

Baca juga : 5 Perkara Yang Boleh Difikirkan Dari Kontrak Baru Cristiano Ronaldo

Nike

Ronaldo telah ditaja oleh Nike sejak 2003 dan telah memakai lebih 60 pasang kasut Nike Mercurial versi yang berlainan. Sebelum ini Ronaldo dilaporkan menerima bayaran bersih daripada Nike sebanyak RM96.04 juta setahun.

Akhbar Sepanyol Marca melaporkan Ronaldo menerima RM184.08 juta setahun daripada Nike. Pada awal bulan November lalu Nike telah mengikat perjanjian seumur hidup bersama Ronaldo.

Laporan dari Amerika menyebut kontrak seumur hidup Ronaldo adalah sama seperti kontrak RM4.4 bilion Nike bersama bintang NBA LeBron James.

Baca juga : Nike Mengikat Perjanjian Seumur Hidup Dengan Cristiano Ronaldo

Armani

Ronaldo menggantikan ikon bola sepak Manchester united, David Beckham sebagai muka baru Armani. Ronaldo muncul sebagai model seluar dalam lelaki dan seluar jean Emporio Armani.

Tag Heuer

Cristiano Ronaldo dilamar oleh jenama jam tangan mewah Tag Heuer pada 2014 sebagai duta jenama tersebut bagi tempoh masa yang panjang.

CR7

Jenama peribadi keluaran Ronaldo sendiri yang bermula dari seluar dalam kini berkembang kepada produk lain seperti pakaian sukan, kasut dan stokin.

CR7 Hotel

Pelaburan jangka masa panjang Ronaldo dan persediaan selepas bersara, Ronaldo telah melabur sebanyak RM300.5 juta berkerjasama dengan Pestana Hotel Group untuk membuka 4 buah hotel.

Setakat ini dua biji hotel telah dibuka dan beroperasi iaitu Hotel Pestana CR7 Lisboa dan Hotel Pestana CR7 Funchal.

Hotel Pestana CR7 Pinky Vida dijangka di buka di Kota Bharu dengan kerjasama Dato Sri Vida.

Baca juga : Lihat Kemewahan Hotel Milik Cristiano Ronaldo

Minyak Wangi Cristiano Ronaldo

Minyak wangi Legacy dan Legacy: The Private Edition merupakan dua keluaran atas jenama Ronaldo sendiri

Training Gear Six Pad

Ronaldo juga membintangi iklan untuk mesin yang di buat di Jepun yang dipanggil Training Gear Six Pad. Sebuah mesin yang menyediakan sistem latihan untuk menjadikan badan lebih kuat dan cantik seperti Ronaldo.

Mesin ini berupaya menghantar isyarat elektrikal untuk meransang dan melatih otot.

Power Cat

Ronaldo hampir mendapat kontrak lumayan Power Cat tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana pihak Power Cat memilih seorang duta negara ASEAN yang juga seorang pemain bola yang menjadi idola Ronaldo.

Ronaldo dikatakan meniru keraian gol idola beliau ini kerana kagum dengan sifat beliau yang mesra bersama kucing.

Pendapatan Lain

Selain daripada jenama diatas Ronaldo memperoleh banyak pendapatan dengan menjadi duta dan produk lain. Badan Ronaldo ibarat papan iklan bergerak.




Paparkan Komen