Sukan SEA 2019 : Emas Pertama Malaysia Hadir Melalui Wushu

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Malaysia menamatkan saingan hari pertama Sukan SEA 2019, Filipina dengan mengutip 4 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa dan secara keseluruhannya 8 pingat.

Emas pertama Malaysia hadir melalui atlet Wushu, Loh Choon How dan 3 lagi dihadiahkan oleh Sam Jak Lee, Skuad Polo dan Julian Yee.

Dua perak disumbangkan oleh Wong Weng Son dalam acara Wushu Taolo Changquan dan Fakhrul Adam Fauzi Cruz dalam acara Kurash 90kg.

Gangsa pula disumbangkan oleh pasukang Floorball wanita Malysia.

Tuan rumah, Filipina unggul dan kencang pada hari pertama dengan 43 pungutan pingat dengan 22 pingat emas, 12 perak dan 9 gangsa.

Sukan SEA 2019 : Emas Pertama

Emas pertama Malaysia di Sukan SEA 2019 Manila, Filipina dibutirkan oleh atlet Wushu negara, Loh Choon How dalam Wushu Lelaki acara Taijiquan.

Skuad wushu negara mendapat 1 emas 1 perak pada hari pertama

Detik-detik kebanggaan, Wushu, Loh Choon How yg menyumbang butir emas pertama buat Malaysia..#iniMASkita #seagames2019

Posted by Astro Arena on Saturday, 30 November 2019

Choon How muncul muncul tempat pertama dengan mengumpul mata sebanyak :

1. Choon How muncul, Malaysia - 9.680 mata
2. Hosea Wong Zheng Yu, Brunei - 9.590 mata
3. Daniel Paranyac, Filipina - 9.560 mata

EMAS PERTAMA!!

EMAS Pertama dihasilkan oleh Loh Choon How dalam acara Wushu (L) Taijiquan! Tahniahh!Jadikan sorakan anda, sebahagian detik kegemilangan kontinjen negara#iniMASkita #SukanSEA2019

Posted by Astro Arena on Sunday, 1 December 2019

Sukan SEA 2019 : Emas ke-2

Tarian Sam Jee Lek atau nama popularnya Lego Sam telah memberi kilauan emas kedua dalam acara break dance dan segala perbelanjaan ke Sukan SEA 2019 ditanggung sendiri.

Sam Jee Lek telah membelanjakan RM5,000 untuk menyertai Sukan SEA Filipina dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan membayar semula kos itu.

Wira sebenar.

EMAS KEDUA!

Tarian Breakdance Sam Jee Lek a.k.a Lego Sam berjaya meraih Emas kedua negara! Jadikan sorakan anda, sebahagian detik gemilang kontinjen negara!#iniMASkita #SukanSEA2019

Posted by Astro Arena on Sunday, 1 December 2019

Sukan SEA 2019 : Emas Ke-3

Emas ketiga negara hadir melalui Pasukan Polo yang menewaskan pasukan tuan rumah, Filipina 7-5.5 di perlawanan akhir sekaligus mempertahankan pingat emas 2 tahun lalu.

Pasukan polo negara dibarisi Amran Selamat, Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman, Rashid Hasnan dan Syed Ahmad Saipulrudin Syed Mohd.

Syabas 🔥 🥇Emas ketiga buat negara daripada Pasukan Polo kita, #iniMASkita & ikuti segala perkembangan #seagames2019 di kesemua platform media sosial kami “stay tuned” di @astroarenahd

Posted by Astro Arena on Sunday, 1 December 2019

Sukan SEA 2019 : Emas ke-4

Atlet Luncur Ais negara, Julian Yee melalui berjaya meraih emas ke-4 Malaysia dalam acara Luncur Ais Bebas sekaligus mempertahankan pingat emas yang di menangi di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

EMAS KEEMPAT!

Raja Luncur Ais negara Julian Yee tiada tandingan dalam menjelmakan EMAS keempat negara pada hari ini!Jadikan sorakan anda, sebahagian detik gemilang kontinjen negara!#iniMASkita #SukanSEA2019

Posted by Astro Arena on Sunday, 1 December 2019


Paparkan Komen