The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Steven Gerrard Akhirnya Bersara

Encik Bakri pada November 24, 2016

Bekas pemain Liverpool dan kapten England, Steven Gerrard akhirnya membuat keputusan untuk bersara selepas mengharungi karier yang cemerlang, gemilang dan terbilang selama 19 tahun. Dengan persaraan ini Gerrard bakal menikmati pencen penuh.

Gerrard yang berusia 36 tahun merupakan lagenda Liverpool (boleh juga dibaca sebagai juara EPL 16/17) telah bermain sebanyak 710 kali untuk The Reds, memenangi 8 trofi utama. Gerrard meninggalkan Liverpool pada 2015 untuk ke La Galaxy.

gerrard kiss camera
Keraian Gol Yang Ikonik dan Diingati

Pemain tengah England ini juga memegang rekod sebagai pemain ke-4 paling banyak mendapat cap bersama England dengan 114 penampilan. Gerrard juga telah menjadi kapten England di 3 kejohanan dari 6 kejohanan utama.

“Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai pengalaman yang begitu indah dalam merentasi perjalanan kerjaya saya. Kata Gerrard

“Perjalanan karier saya sangat hebat dan saya amat mensyukuri untuk setiap saat dan detik semasa bersama Liverpool, England dan LA Galaxy.

gerrard

“Masa muda Jangan pernah sia-siakan Simpankan sebagai memori Jadikan polaroid. Sungguh indah Lupakan segala resah Bersama sahabat gembira Jadikan satu polaroid” Luah Gerrard lagi.

Gerrard telah dikaitkan dengan tugas baru dalam bidang pengurusan bersama MK Dons selepas mengumumkan beliau bakal meninggalkan LA Galaxy tetapi Gerrard menjelaskan bahawa tawaran itu datang terlalu awal untuk beliau.

steven-gerrard-liverpool-great-retires-after-a-19-year-career-bbc-sport

Dalam masa yang sama, Gerrard sekarang dilaporkan dalam proses untuk mendapatkan lesen kejurulatihan UEFA A. Gerrard juga dikaitkan dengan pasukan Celtic dan Newcastle serta kembali ke pasukan bakal juara EPL 16/17, LIVERPOLL sebagai jurulatih. #YNWA

“Saya teruja dengan masa depan dan saya rasa banyak perkara boleh saya sumbangkan kepada permainan”

Dilantik sebagai ketua pasukan Liverpool oleh Gerard Houllier pada 2003 dan mengepalai Liverpool memenangi Champions League pada 2005 dengan ceritera agung “KEBANGKITAN ISTANBUL”. Siapa yang tak tahu kisah Isntanbul ni sila tonton filem “Istanbul Aku Datang”.

“Saya sangat bangga dapat bermain 700 perlawanan bersama Liverpool dan kebanyakannya sebagai ketua pasukan serta dapat membantu membawa kejuaraan utama kembali ke Anfield. tidak lain tidak bukan malam penuh kegemilangan di Istanbul.

kebangkitan-istanbul
Kebangkitan Istanbul

“Sangat istimewa dapat bermain 114 kali bersama England dan diberi penghormatan untuk menjadi ketua pasukan.

Kejayaan terbesar Gerrard bersama Liverpool sudah tentu adalah menjuarai Champions League. Selain itu Gerrard juga telah membantu Liverpool memenangi 2 Piala FA, 3 Piala Liga, satu Piala UEFA dan UEFA Super Cup.

“Saya sangat bertuah dapat bermain bersama pemain yang hebat dibawah pengurus yang menakjubkan di Anfield. Saya sangat berterima kasih kepada semua orang termasuklah staff di kelab yang memberikan detik indah semasa kita bersama dengan sokong yang tidak berbelah bahagi.”

Gerrard merupakan satu-satunya pemain yang telah menjaringkan gol di 4 perlawanan akhir iaitu Piala FA, Piala Liga, Piala UEFA dan Champions League.