Southgate: Pintu Masih Terbuka Untuk Joe Hart Wakili England Pada Masa Hadapan

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Pengurus England, Gareth Southgate memberitahu karier Joe Hart sebagai penjaga gol kebangsaan masih belum berakhir walaupun diketepikan dari berada dalam skuad England yang bakal berangkat ke Russia.

Penjaga gol berusia 31 tahun itu merupakan antara pemain paling berpengalaman dimiliki England ketika ini dimana beliau telah melakukan 75 penampilan bersama skuad kebangsaan sejak membuat debut pada Jun 2008.

Pintu masih terbuka buat Hart untuk kembali

Southgate mengenepikan Hart bagi memberi ruang kepada Jordan Pickford, Jack Butland dan Nick Pope untuk bersaing merebut posisi penjaga gol utama England. Penyingkiran Hart sebenarnya sudah dijangka memandangkan beliau mengharungi musim yang mengecewakan bersama West Ham dan kehilangan tempat dalam pasukan utama kepada Adrian sejak kebelakangan ini.

Southgate mengakui keputusan untuk mengepikan pemain berpengalaman seperti Joe Hart bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi beliau perlu bersikap adil kepada penjaga gol yang lain.

"Sudah tentu ia merupakan satu keputusan yang sukar. Joe Hart bermain hamper setiap perlawanan kelayakan Piala Dunia England dan merupakan pemain penting dalam skuad kebangsaan sejak beberapa tahun yang lepas. Beliau merupakan pemain yang bernilai dalam skuad England."

"Tetapi akhirnya, anda perlu menilai persembahan pemain sepanjang 18 bulan terakhir bersama kelab masing-masing. 3 penjaga gol yang kami telah pilih merupakan 3 penjaga gol terbaik dalam liga tahun ini."

Wakanda Forever

Hart masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Manchester City dan telah dipinjamkan kepada beberapa kelab sejak Pep Guardiola mengambil alih jawatan pengurus pasukan di Etihad Stadium. Hart berkelana ke Itali musim lepas untuk bermain bersama Torino dan musim ini beliau dipinjamkan kepada West Ham. Setakat ini, masih belum diketahui dimanakah Hart bakal bermain bagi saingan musim hadapan.

Walaupun demikian, karier Hart di peringkat antarabangsa masih belum berakhir kerana Southgate memberitahu sebaik sahaja Hart menemui kembali sentuhan lamanya, beliau akan dipanggil kembali untuk bermain bersama England.

"Saya memilih pemain berdasarkan persembahan semasa mereka, jika Joe Hart bermain baik dengan kelabnya, sudah tentu saya akan memanggil beliau."

"Tiada sebab keputusan meninggalkan Hart kali ini harus menjadi penamat kepada karier antarabangsa beliau. Hart harus mengambil keputusan yang penting mengenai masa depannya pada musim panas nanti dan saya sangat berharap beliau akan kembali ke tahap terbaiknya."

Jack Wheelchair diketepikan kerana pemain lain lebih power. Kesian

Selain Joe Hart, seorang lagi pemain berprofil tinggi yang menerima nasib yang sama adalah pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere yang terkenal dengan sejarah kecederaannya. Walaupun Wilshere bebas dari sebarang kecederaan musim ini, Southgate berpendapat pemain tengah England yang lain telah bermain lebih baik daripada beliau.

"Sudah tentu kami ada berfikir mengenai Jack Wilshere. Kami memanggil beliau ke skuad kebangsaan pada Mac lalu tetapi beliau tidak bermain dalam sebarang perlawanan untuk England."

"Tambahan pula, kami berpuas hati dengan persembahan pasukan pada bulan November tahun lepas dan Mac lalu."

Senarai Squad England Ke Piala Dunia Russia 2018

Dibawah merupakan senarai pemain England mengikut posisi pilihan Gareth Southgate untuk saingan Piala Dunia Russia.

Penjaga gol:

Jordan Pickford (Everton), Jack Butland (Stoke), Nick Pope (Burnley)

Pertahanan:

Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Kyle Walker, Kieran Trippier, Danny Rose (all Tottenham), Harry Maguire (Leicester), Phil Jones (Man Utd), John Stones (Man City), Gary Cahill (Chelsea)

Tengah:

Jordan Henderson, (Liverpool), Eric Dier, Dele Alli (both Tottenham), Jesse Lingard, Ashley Young (both Man Utd), Fabian Delph (Man City), Ruben Loftus-Cheek (Chelsea),

Penyerang:

Raheem Sterling (Man City), Jamie Vardy (Leicester), Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Man Utd), Danny Welbeck (Arsenal).

Senarai Menunggu:

Tom Heaton (Burnley), James Tarkowski (Burnley), Lewis Cook (Bournemouth), Jake Livermore (West Bromwich Albion), Adam Lallana (Liverpool)

Kemungkinan kesebelasan utama England




Paparkan Komen