Solskjaer: Martial Mampu Ulangi Pencapaian Ronaldo

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata Anthony Martial mempunyai kebolehan untuk mengulangi pencapaian Cristiano Ronaldo ketika pemain tersebut beraksi di Old Trafford tidak lama dahulu.

Martial muncul pemain remaja termahal dunia ketika berpindah ke Manchester United dari Monaco pada tahun 2015 dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah £57.6 juta.

Martial mampu capai level Ronaldo menurut Solskjaer. Minum apa Solskjaer ni ?

Sejak itu, pemain antarabangsa Perancis ini telah menjaringkan 47 gol dari 164 penampilan bersama Red Devils.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah buat Martial. Beliau hampir meninggalkan United ketika era pemerintahan Jose Mourinho sebelum kembali menemui sentuhan sebaik sahaja Solskjaer mengambil alih pasukan.

Solskjaer merupakan antara pemain United yang menyerlah di bawah telunjuk Solskjaer sehingga mendapat kepercayaan kelab untuk menandatangani kontrak jangka panjang yang baru pada bulan lepas.

Pemain berusia 23 tahun itu membalas kepercayaan kelab apabila menjaringkan 1 gol dan mencipta 1 assist dalam perlawanan pertama beliau sejak menandantangani kontrak baru ketika menentang Fulham hujung minggu lalu.

Dalam senyap-senyap, Martial sudah menjaringkan 9 gol liga musim ini. Golden Boot maybe?

Gol solo daripada Martial dalam perlawanan tersebut menerima pujian dari banyak pihak sehingga bekas kapten United, Gary Neville membandingkan jaringan itu dengan gol jaringan Cristiano Ronaldo pada tahun 2007 di stadium yang sama (Craven Cottage).

"Ya, gol tersebut hampir menuju penghujung permainan dan kami bermain sangat buruk dalam perlawanan itu dan Ronaldo berjaya menjaringkan gol." Ujar Solskjaer ketika merujuk gol cantik Ronaldo menentang Fulham pada tahun 2007.

"Sudah tentu wujud persamaan gol Martial dengan gol tersebut. Jika Martial ingin berada pada tahap Ronaldo, Martial tahu apa yang perlu dilakukannya. Semuanya terpulang kepada beliau. Martial ada bakat."

Ronaldo meraikan gol jaringannya ketika menentang Fulham pada tahun 2007. Betul ke ada persamaan ?

Martial sudah pon menjaringkan 9 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, kurang 2 gol dari jumlah gol yang dijaringkannya pada musim pertama beliau di Old Trafford. Dan Solskjaer percaya jiwa Martial sememangnya milik Manchester United.

"Saya gembira Martial ada dalam pasukan saya. Beliau telah banyak menyumbang dalam mencipta begitu banyak peluang dan menjaringkan banyak gol."

"Martial adalah pemain Manchester United. Beliau tahu bagaimana untuk menghiburkan hadirin. Beliau adalah pemain yang mengujakan pengurus dan juga rakan-sepasukan. Dan beliau juga mempunyai karakter yang hebat dalam kelab ini."




Paparkan Komen