Solskjaer Akan Melarang Pemain Yang Tidak Cergas Dari Menyertai Jelajah Pra-Musim

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada pemainnya supaya berada dalam keadaan cergas ketika melaporkan diri untuk pra-musim. Jika gagal berbuat demikian, pemain tersebut mungkin tidak akan disenaraikan untuk menyertai jelajah pra-musim.

Pengendali berasal dari Norway itu mahu memperbaiki tahap kecergasan skuad Manchester United bagi menghadapi cabaran musim hadapan dan telah merangka pelan terperinci bagi setiap pemainnya.

Amaran Solskjaer jelas. Sape boroi kena tinggal

Statistik musim ini menunjukkan Manchester United berada di belakang dari segi jarak larian yang dilakukan dalam perlawanan dan Solskjaer memandang serius perkara tersebut dan mahu meningkatkan tahap kecergasan pemain sebelum musim baru bermula.

Setiap pemain telah diberikan pelan nutrisi dan regim latihan untuk diikuti ketika cuti musim panas bagi memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal terbaik.

Sekiranya terdapat pemain yang gagal mematuhi arahan ini, Solskjaer memberi amaran beliau tidak akan membawa pemain tersebut menyertai skuad bagi jelajah pra-musim.

Luke Shaw suatu ketika dahulu. Agak boroi

"Semua pemain mempunyai program masing-masing yang perlu diikuti sepanjang cuti musim panas nanti.Kami menjangkakan setiap pemain berada dalam keadaan bersedia pada 1 Julai nanti ketika melapor diri."

"Kami mempunyai tempoh rehat yang lebih panjang dari pasukan pencabar lain dan perlu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Ini bukan satu ugutan - tetapi sesiapa yang tidak bersedia pada 1 Julai nanti, pemain tersebut akan kekal di kelab dan tidak akan turut serta dalam jelajah pra-musim."

"Kami hanya ingin pemain yang kami boleh gunakan ketika jelajah. Betul, setiap pemainĀ  mempunyai program masing-masing. Ada yang memerlukan strength, adan yang memerlukan kardiovaskular, semuanya berbeza-beza."

"Bagi saya, ketika masih bergelar pemain, dua minggu sebelum melapor diri, itu adalah masa yang akan saya gunakan untuk memperbaiki tahap kecergasan dan menambat hati pengurus pasukan."

Ni boroi ke muscle?

"Budak-budak muda sekarang lebih susah. Saya pernah melatih skuad simpanan dan saya pernah meminta mereka supaya menjaga tahap kecergasan masing-masing. Kerana anda tidak akan tahu apa pengurus akan lakukan apabila anda kembali dari cuti musim panas."

"Saya pernah melihat beberapa pemain muda diberikan peluang untuk bermain dengan pasukan utama kerana mereka kembali dalam keadaan terbaik."

"Kami akan tinggal di Australia selama 10 hari. Jelajah itu telah dirancang dengan begitu baik sekali."

Mengenai persaingan musim depan, Solskjaer sedar Manchester United perlu bermula dengan baik jika mereka mahu merapatkan jurang dengan pasukan atasan.

Manchester United akan bermastautin di Aussie selama 10 hari

"Kami perlu merapatkan jurang secepat yang mungkin."

"Jika kami mampu mendapat momentum awal, saya pasti kami akan dapat mengejar beberapa pasukan."

Manchester United akan menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menerima kunjungan pasukan yang telah disahkan relegasi, Cardiff City. United hanya menang sekali dari 8 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.




Paparkan Komen