Smart RSN Cup: Angkor Tiger 0-1 Kedah

Share on facebook
Share on twitter

Kedah meneruskan rentak kemenangan mereka dalam perlawanan persahabatan pra musim musim, kali ini dalam kejohanan 3 penjuru yang digelar Smart RSN Cup.

Hanya 3 kelab yang beraksi dalam kejohanan ini iaitu Kedah serta dua kelab daripada Kemboja, Angkor Tiger dan Angkor Tiger.

Kesemua perlawanan kejohanan Smart RSN Cup berlangsung dari 10 hingga 14 Januari. Format head-to-head digunakan dan pasukan dengan mata paling banyak akan menjulang piala.

Smart RSN Cup

Kedah tidak berdepan masalah untuk menang dalam perlawanan pertama menentang Angkor Tiger hasil jaringan Zaquan Adha.

Berpunca daripada sepakan percuma yang dikeluarkan oleh pertahanan Angkor Tiger yang menemui Zaquan Adha.

Tanpa segan silu dan penuh yakin, Zaquan Adha melepaskan satu rembatan voli yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol Angkor Tiger.

Malang menimpa Kedah apabila terpaksa bermain 10 orang selepas Irfan akaria dilayangkan kad merah.

Terjahan keras Irfan Zakaria pada minit ke-75 menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning kedua membawa kepada kad merah.

Bermain 10 orang untuk baki 15 minit masa perlawanan tidak memberik kesan kepada Kedah untuk mencatatkan kemenangan.

Ciri-ciri pasukan bakal juara?

Kedah akan menentang Phnom Penh Crown dalam perlawanan terakhir pada 14 januari dan jika menang bermakna juara milik Kedah.

FT Angkor Tiger FC 0 – 1 Kedah FA
Zaquan Adha 45′

Jadual dan keputusan perlawanan kejohanan Smart RSN Cup:

10 Januari – Angkor Tiger FC 0-1 Kedah 2 – 1 Angkor Tiger
12 Januari – Angkor Tiger FC 0 – 1 Kedah
14 Januari – Kedah v Phnom Penh Crown

Share on facebook
Share on twitter