The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Slaven Bilic : Tendangan Mourinho Sangat Bagus Seperti Sepakan Voli

Encik Bakri pada December 1, 2016

Mourinho telah dihalau oleh pengadil semasa perlawanan liga menentang West Ham United pada Ahad lepas dan terpaksa duduk di bangku penonton ketika Machester United seri 1-1 dalam perlawanan tersebut.

Kerjaya Mourinho sebagai pemain tidaklah begitu cemerlang tetapi pengurus West Ham, Slaven Bilic menganggap teknik sepakan Mourinho begitu sempurna dengan hayunan kaki kanannya kearah botol plastik di tepi padang. Owh! Bersilat Mourinho di situ.

Tendangan sempurna dari Mourinho juga menyebabkan beliau berhadapan masalah dengan FA Inggeris apbila dihalau buat kali kedua dalam tempoh sebulan.

“Masalah utamanya ialah dia menendang botol itu de­ngan sangat baik seperti sepakan voli,” kata Bilic sambil terse­nyum.

Tindakan itu dilakukan Mourinho selepas melihat Pogba terjatuh diasak Mark Noble dan pengadil menghadiahkan kad kuning kepada Pogba kerana melakukan simulasi dengan terjunan dengan darjah kesukaran 3.0.

Di mata Mourinho, Pogba seolah-olah dikasari tetapi ulang tayang menunjukkan jelas tiada sentuhan berlaku keatas Pogba dan pengadil jelas membuat keputusan yang adil. Bilic juga mengakui beliau bersimpati dengan Mourinho.

“Mengapa saya bersimpati dengannya adalah kerana situasi yang berlaku ke atas Pogba, dari sudut pandangan kami, dia sa­ngat dekat dengan saya, bahawa dia tidak menjatuhkan diri.

“Sangat jelas, tetapi keputusan pengadil sangat bagus. Tetapi dari sudut pandangan kami dia tidak menjatuhkan diri,” kata Bilic.

Bilic ni perli ke menda ni?


Download aplikasi The Sukan di Google Play