Skuad England Sertai Latihan Ketenteraan Bersama Royal Marine

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Pengurus skuad England, Gareth Southgate telah mendedahkan bahawa skuad kendaliannya baru saja kembali daripada satu pengembaraan rahsia ke Royal Marines Commando Training Centre. Kini semuanya bukan lagi rahsia.

Ingat kita ada misi!

Latihan di Royal Marines Commando Training Centre sebagai persediaan Skuad Tiga Singa bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Scotland dan perlawanan persahabatan menentang Perancis.

Qu Puteh! Qu Puteh! Barulah Putih!

Pada pagi jumaat, para pemain mendaftarkan diri di St. George Park lebih awal daripada biasa. Kemudian para pemain mula menyedari bahawa latihan bakal mereka harungi bukanlah latihan seperti biasa mereka lakukan.

Sterling akhirnya mengerti erti diving yang sebenar

Southgate telah mengumpul para pemain dan staf sokongannya dalam bilik persalinan di National Football Centre dan anggota Royal Marines memaklumkan kepada mereka bahawa mereka akan ditempatkan di Devon dalam masa 48 jam.

Sayu pemain England menyanyikan lagu anak kecil main api.

Selepas tiba di pusat latihan yang terletak antara Exeter dan Exmouth, para pemain dan staff termasuklah Southgate diarahkan untuk menukar pakaian mereka kepada pakaian seragam latihan tentera.

Pada keesokkan harinya skuad Enland mula menjalani latihan dan aktiviti yang dikendalikan oleh anggota Royal Marines temasuklah kena selam dalam air dan berkhemah.

Objektif latihan ketenteraan ini adalah untuk meningkatkan jatidiri pemain supaya mampu pergi lebih jauh dari apa mereka fikirkan dan memahami semangat berpasukan dengan memastikan rakan sepasukan tidak mudah mengaku kalah.

Southgate pun kena ‘sheep dip’

Gary Cahill, Eric Dier, Chris Smalling, Jesse Lingard, Phil Jones dan Marcus Rashford tidak menyertai latihan ini kerana mereka dibenarkan untuk melaporkan diri lebih lewat dari pemain lain.

Sumber Gambar : Barry Wheeler/Royal Navy/The FA