The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Skuad Dan Pemain Paling Bernilai Di Euro 2016

Encik Bakri pada June 12, 2016

Menurut kajian England merupakan skuad Euro 2016 paling bernilai manakala Cristiano Ronaldo pula merupakan pemain paling bernilai. Skuad England mempunyai nilai perpindahan tertinggi di Euro 2016.

Kajian yang dibuat oleh The CIES Football Observatory mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan nilai pemain termasuklah umur, posisi, baki kontrak semasa serta taraf antarabangsa.

Faktor lain yang diambil juga adalah prestasi pemain di peringkat domestik dan antarabangsa dimana nilaian prestasi semasa adalah penting.

Baca Laporan Association of Accounting (AAT) : Jerman Pasukan Paling Bernilai di Euro 2016

Skuad Paling Bernilai Di Euro 2016

The CIES Football Observatory membuat nilaian keatas skuad kendalian Roy Hodgson itu sebanyak €751million (about £587.5m) dikira sekali bersama Harry Kane dan Rooney yang diikat tepi.

Baca : Belgium di Anggap Pasukan Paling Mahal

skuad-paling-bernilai-di-euro-2016
England Skuad Paling Bernilai di Euro 2016

Empat lagi skuad di Euro 2016 yang bernilai lebih €500m (£391.6m) adalah France bernilai €697m (£544.7m), Spain bernilai €639m (£499.3m), Germany bernilai €601m (£407.1m) and Belgium bernilai €550m (£430.3m).

Baca : Jerman Pasukan Paling Bernilai di Euro 2016

HARRY-KANE-pemain-paling-bernilai-di-euro-2016
Harry Kane Pemain England Paling Bernilai Di Euro 2016

Hungary berada di tangga terbawah dari 24 pasukan apabila dinilai sebanyak €30.1m (£23.6m) sahaja.

Pemain Paling Bernilai Di Euro 2016

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo di nobat sebagai pemain paling bernilai iaitu sebanyak €138m (£107.8m) menjadikan beliau lebih bernilai dari 12 lagi negara yang bertanding termasuk Austria bernilai €135.7m (£106m) dan Ukraine bernilai €118.9m (£93m).

pemain-paling-bernilai-di-euro-2016
Cristiano Ronaldo Pemain Paling Bernilai Di Euro 2016

Harry Kane merupakan Pemain England paling bernilai yang bertanda harga €112.5m (£88m). Pemain tuan rumah yang paling bernilai ialah Antoine Griezmann at €120.2m (£94m).

Senarai Penuh Skuad Dan Pemain Paling Bernilai Di Euro 2016

senarai-skuad-dan-pemain-paling-bernilai-di-euro-2016

Kajian ini dilakukan oleh The CIES Football Observatory jadi kedudukan siapa pemain dan skuad paling bernilai adalah berbeza mengikut badan yang menjalankan kajian.