The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Sistem Scout : Makhluk Asing di Malaysia

Eikrem pada December 16, 2015

Apabila liga atau musim bola sepak pada tahun tertentu tamat, tentunya pasukan-pasukan dalam liga tersebut akan membuat persediaan untuk saingan musim hadapan. Itu standard praktis di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Pastinya akan ada sedikit sebanyak perubahan pemain keluar masuk, pengurusan, jurulatih dan fisio. Tapi selalunya yang paling ketara ialah pemain keluar masuk, sama ada pemain tempatan atau import.

sistem-scout-makhluk-asing-di-eropah

Jika di Eropah, Sistem Scout digunapakai secara meluas mengikut kemampuan kelab untuk pengambilan atau pembelian pemain baru. Jika kelab besar seperti Real Madrid, Manchester United dan Arsenal, jaringan scout mereka melangkaui benua asia, afrika dan amerika.

Kelab Sevilla dikatakan mempunyai jaringan scout seramai 700 orang!

Namun bagi kelab sederhana seperti Leicester City, Eibar dan Brescia jaringan scout mereka lebih banyak tertumpu di sekitar eropah atau negara-negara EU.

Jadi Apa Tugas Scout?

Scout akan menyelidik dan memerhati serta mengumpul data bakat-bakat muda yang ada potensi untuk menyinar di masa hadapan atau pemain-pemain yang sudah mempunyai nama. Setiap scout selalunya diberi tugas untuk menyelidik pemain mengikut ciri-ciri yang ditetapkan oleh jurulatih pasukannya. Data yang di kumpul akan di analisis dan di bincangkan samada pemain tersebut memenuhi kriteria kelab atau tidak.

Contohnya Louis Van Gaal memerlukan seorang pemain sayap yang laju, mampu melakukan crossing dan mempunyai kepakaran menggelecek bola yang tinggi. Maka scout bagi Manchester United perlu memerhati karakter pemain tersebut mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh LVG.

Martin Ferguson - Ketua scout bagi Man Utd di zaman Alex Ferguson
Martin Ferguson – Ketua scout bagi Man Utd di zaman Alex Ferguson

Setelah pemain tersebut diperhatikan selama tempoh yang ditetapkan, biasanya jurulatih pasukan tersebut akan pergi menonton sendiri prestasi pemain yang dinilai. Jika jurulatih berpuas hati, maka berkemungkinan besar pemain tersebut akan dibeli dan sebaliknya.

Selain itu, ada juga scout ditugaskan untuk menganalisis taktikal permain pihak lawan yang bakal ditemui dalam perlawanan berikutnya, terutamanya untuk perlawanan yang besar.

Sistem Scout : Makhluk Asing di Malaysia

sistem-scout-makhluk-asing-di-malaysia

Itu cerita di eropah, pusat tamadun bola sepak dunia. Cerita di Malaysia pula ada sedikit twist. Setiap kali pra-musim, kita akan terdengar dan terbaca tentang pasukan-pasukan di Malaysia yang menjalankan ujian terhadap pemain untuk diambil bermain, terutamanya pemain import.

Setelah pemain-pemain import ini diberikan peluang dalam beberapa perlawanan persahabatan, ramai di antara mereka diambil bermain.

Hasilnya, ramai juga pemain import yang ditamatkan kontrak pada bulan April, ketika jendela perpindahan dibuka di pertengahan liga. Penamatan kontrak di tengah musim ini akan menyebabkan pasukan terpaksa membayar pampasan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

Satu pembaziran! Alangkah baiknya sistem scout digunapakai secara meluas di Malaysia, terutamanya untuk pemain import.

Apa salahnya TUAN PRESIDEN atau CEO pasukan belanja RM50,000-RM100,000 semusim untuk membayar khidmat scout untuk membawa pemain import yang berkualiti dan mampu memberikan kejayaan kepada pasukan dalam jangka masa panjang, bukan terlalu bergantung kepada ejen pemain yang hanya ingin mengisi perut sendiri.

Dek terlalu percaya kepada ejen, ramai pemain import yang diambil bermain lebih teruk tahap mereka berbanding pemain tempatan. Cukup ramai!

Liga kita bakal diswastakan sepenuhnya dan langkah memprofessionalkan pengurusan perlu dititikberatkan. Cukup-cukuplah dengan method pengurusan zaman 90-an. Batu yang tidak bergolek akan dikotori lumut.

Hidup YouTube!