Sir Alex Ferguson Pernah 'Ponteng' Perlawanan United Semata-mata Ingin Melihat David De Gea

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson hanya pernah terlepas 3 perlawanan sepanjang menjadi pengurus di Old Trafford, dan salah satu perlawanan yang beliau gagal hadiri adalah kerana mahu menilai persembahan David De Gea di Sepanyol.

David De Gea telah diangkat peminat bolasepak sebagai penjaga gol terbaik dunia pada masa kini selepas melakukan aksi menyelamat sebanyak 14 kali ketika Manchester United menewaskan Arsenal di Emirates, menyamai rekod lama Liga Perdana Inggeris yang dicatat oleh Tim Krul dan Vito Mannone.

Ferguson adalah ikon kepada kelab bolasepak Manchester United, dan sepanjang menjadi pengurus di Old Trafford selama 27 tahun, beliau hanya terlepas 3 perlawanan.

Pertama, kerana beliau menghadiri perkahwinan anak lelakinya, dan kedua kerana menghadiri upacara pengkebumian kakak iparnya. Dan yang terakhir adalah kerana mahu menilai sendiri persembahan David De Gea ketika pemain antarabangsa Sepanyol ini masih lagi bermain bersama Atletico Madrid.

Fergie ketika bersama Black Eyed Peas

Bekas jurulatih penjaga gol Manchester United, Eric Steele ketika berkata kepada Daily Mail memberitahu Ferguson sanggup menghadiri perlawanan Atletico Madrid semata-mata ingin melihat sendiri persembahan David De Gea, walaupun pada ketika itu Manchester United mempunyai perlawanan.

"Saya hanya ingat Sir Alex Ferguson pernah terlepas 2 perlawanan sahaja. Beliau terlepas perlawanan derby Manchester pada tahun 2000 kerana menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya. Satu lagi perlawanan yang beliau terlepas adalah kerana mahu menilai persembahan David De Gea."

"Saya menyertai Manchester United pada tahun 2008, dan pada ketika itu, kami sedang membuat persediaan untuk persaraan Edwin Van Der Sar. Saya amat yakin David De Gea yang ketika itu berusia 19 tahun adalah pemain terbaik untuk menggantikan tempat Van Der Sar."

"Saya menunjukkan kepada Sir Alex Ferguson kompilasi DVD persembahan De Gea selama 3 minit dan kemudian kami berangkat ke Sepanyol untuk menonton perlawanan di antara Valencia dan Atletico Madrid pada malam yang sama dimana Manchester United turun menentang Scunthorpe dalam saingan Piala Liga."

De Gea sempat bermain Candy Crush ketika yidak diserang

"Sir Alex mengetahui De Gea adalah pembelian yang tepat selepas perlawanan memasuki minit ke-65. De Gea menunjukkan ketenangan, konsentrasi, dan reflek yang bagus. Beliau berjaya melakukan satu aksi menyelamat menggunakan keseluruhan tubuhnya."

Walaubagaimanapun, Steele gagal menyatakan insiden ketiga Ferguson terlepas menghadiri perlawanan iaitu ketika Ferguson menghadiri majlis pengkebumian kakak iparnya seperti yang ditulis sendiri oleh Ferguson dalam buku autobiografinya.




Paparkan Komen