Singapura Bakal Bertemu Argentina Dalam Perlawanan Persahabatan

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Pasukan kebangsaan Singapura telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 13 Jun ini di Stadium Nasional, Singapura.

Perlawanan ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan UNICESS - penganjur sukan dan hiburan antarabangsa. Perlawanan ini juga dilangsungkan sempena ulang tahun yang ke-125 FAS.

Argentina akan membawa pasukan yang kuat dengan Lionel Messi, Angel di Maria dan Sergio Aguero dijangka akan bermain dalam perlawanan ini.

Pasukan Argentina sewaktu Piala Dunia 2014

Jurulatih Singapura, V. Sundramoorthy ternyata sangat gembira dengan perlawanan ini.

"FAS bekerja keras untuk dapatkan perlawanan ini, yang mana perlawanan ini akan memberi faedah kepada pemain dan jurulatih kita, dari segi pendedahan yang tak ternilai dan juga mengukuhkan lagi taraf hiburan sukan di negara ini.

"Stadium yang penuh pada 13 Jun nanti akan memberikan kelainan, di samping menyuntik keyakinan yang diperlukan oleh para pemain kita untuk bertemu pasukan yang dipenuhi dengan pemain kelas dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Unicess, Aiden Kwangik Moon, percaya perlawanan ini bukan sahaja akan menarik minat penyokong bola sepak tempatan, malah mereka yang tinggal di negara jiran juga.

"Perlawanan ini....mmmmmmm...akan menarik minat penyokong dari Malaysia, Indoensia, Thailand dan negara-negara sekitar yang lain, dan ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk melihat pemain Argentina bermain di Singapura," kata Aiden.

"Kami amat mengalu-alukan peminat dan keluarga bola sepak untuk datang menonton pemain kelas dunia ini beraksi," tambahnya lagi.

Pada tahun 2002, pasukan kebangsaan Brazil juga telah hadir ke rantau Asia Tenggara untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia, sebagai sebahagian daripada persediaan mereka untuk menghadapi Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea Selatan. Selain daripada itu, tiada pasukan berprofil tinggi yang sudi hadir ke Nusantara untuk perlawanan persahabatan.

Sumber berita : Straits Times




Paparkan Komen