The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Siapakah Yang Mencipta Permainan Bolasepak? Susuri Sejarah Dan Evolusi Bolasepak

Encik Bakri pada November 11, 2016

Setiap perkara dan benda termasuklah sukan mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagai peminat bolasepak sudah semestinya penulis menanggap sejarah bolasepak adalah yang paling menarik berbanding sukan lain.

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara, lupakan kisah yang lalu teguhkan tugu imanmu doaku buat pembaca sekalian.

Ahli pengkaji sejarah telah berusaha keras untuk mengesan individu yang bertanggungjawab mencipta permainan bolasepak ini tetapi asal usul bolasepak dari zaman purba kala kabur ditelan misteri.

Namun dalam pencarian sejauh 4500 tahun lepas itu pengkaji sejarah telah menemui budaya setempat yang pertama bermain permainan yang seakan-akan bolasepak. Ayuh kita menyusuri sejarah tanpa perlu bersandarakan pada kenangan yang bermula dari permainan seiras bolasepak sehinggalah menjadi bolasepak yang kita kenali hari ini.

Kajian berdasarakan artifak dan tradisi turun-temurun telah menjelaskan bahawa bolasepak telah dimainkan di zaman purba Mesir, Greek, Jepun, China dan Rom. Prinsip asas permainan terus bertahan betahun-tahun dan terus dimainkan sehingga zaman pertengahan.

Bayangkan Firaun bermain bola.

Bolasepak Bermula di Zaman Purba Mesir

Bola yang diperbuat daripada linen telah dijumpai dalam makam kepunyaan orang Mesir yang berusia 2500 tahun sebelum masihi. Sesetengah bola diperbuat daripada usus atau kulit binatang untuk menambahkan lantunan pada bola.

Bedasarkan lukisan, sarjana mengemukakan teori bahawa orang Mesir bermain permainan seakan bolasepak semasa pesta menyambut kelahiran.

egypt-firaun-main-bola

Masyarakat Mesir ketika itu, membalut bola mereka dengan kain berwarna cerah dan menyepak bola tersebut ke tanah untuk meraikan kemewahan yang ada di bumi.

Kira-kira 2000 tahun kemudian, satu permainan dalam cara yang berbeza tetapi masih seakan-akan bolasepak telah muncuk di China.

Bolasepak di Zaman Purba Greek

Zaman purba Greek dan Rom terkenal dengan permainan berasaskan bola yang adakalanya dimainkan menggunakan kaki. Bolasepak zaman purba Greek dikenali sebagai Episkyros dan diiktiraf FIFA sebagai permainan seperti bolasepak terawal yang pernah dimainkan.

Episkyros dimainkan dengan menggunakan bola yang lebih kecil oleh dua pasukan dalam satu kawasan segi empat tepat yang ditanda sempadannya dan garisan tengah.

espykros-harpastum

Objektif permainan ialah untuk membawa bola melepasi sempadan belakang pasukan di mana para pemain bertukar-bertukar hantaran. Cara permainan ini mirip kepada Ragbi.

Permainan ini kekal popular untuk 700-800 tahun, tetapi, walaupun orang Rom membawanya ke Britain, penggunaan kaki dalam permainan belum cukup meluas ketika itu

Bolasepak di Zaman Purba Rom

Harpastum permainan orang Rom dipercayai diadaptasi dari permainan dari Greek iaitu Episkyros. Permainan ini lebih kepada permainan fizikal yang ganas. Cara permainan ini mirip kepada American Football.

Permainan di zaman purba Rom hampir tiada peraturan, startegi atau taktik. Tanpa peraturan sudah tentu tiada pengadil. Permainan ini dimainkan oleh 54 orang pemain iaitu 27 orang setiap pasukan. Tujuan utama permainan hanya untuk mendapatkan bola dan memastikan bola sentiasa berada dikawasan sendiri.

harpastum_romain

Permainan ini menjadi sangat popular dan dan dimasukkan sebagai salah satu acara dalam sukan Olimpik zaman purba. Oleh kerana permainan ini tiada peraturan maka ramailah pemain yang mengalami kecederaan.

Selain bolasepak yang dimainkan di padang, terdapat satu lagi permainan bolasepak yang dimainkan di jalanan. Pemidato Rom, Cicera menyatakan bahawa yang bermain permainan ini majoritinya adalah budak lelaki. Mereka akan berlari sambil menendang bola mengelilingi seluruh bandar.

Cicero juga telah menulis satu insedin tentang kecuaian pemain yang membawa kepada kematian. Kejadian ini berlaku ketika mereka secara tidak sengaja telah menendang bola ke arah tukang gunting yang ketika itu sedang mencukur seorang pelanggan.

Tukang gunting tersebut telah hilang kawalan keatas pisau cukurnya dan telah memotong kerongkong pelanggannya.

Bolasepak di Zaman Purba China

Sekitar 300 sehingga 200 tahun sebelum masihi, satu permainan yang dipanggil Tsu’ Chu, Cuju atau Zuqiu  merupakan permainan yang terkenal di China. Tsu’ Chu secara kasarnya telah diterjemah sebagai “Menendang bola dengan kaki”.

Masyarakat China ketika itu mengisi bulu kedalam bola yang bersaiz 30-40cm dan bola tersebut dimainkan di padang berbentuk segi empat tepat. Untuk menjaringkan gol, pemain hendaklah menyepak bola melepasi sehelai kain yang digantung di antara dua tiang.

tsu-chu-ancient-chinese

Permainan ini menjadi popular kerana ketua pasukan tentera menggunakan permainan ini sebagai satu pertandingan bagi memastikan fizikal askar-askar kekal sihat dan cergas.

Semasa pemerintahan Dinasti Han, permainan ini dimainkan dengan meluas, pihak istana mula menganjurkan perlawanan Tsu’ Chu yang dimainkan oleh pemain Tsu’ Chu profesional. Pasukan Tsu’ Chu ini terdiri daripada lelaki dan wanita. Orang awam juga boleh menyertai pertandingan ini.

Sama seperti bolasepak hari ini, pemain Tsu’ Chu dibenarkan untuk menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan kecuali tangan hingga ke lengan. Pengadil digunakan dalam perlawanan bagi memastikan pemain mengikut peraturan.

Tidak seperti bolasepak moden, bilangan pemain Tsu’ Chu adalah tidak tetap. Tsu’ Chu boleh dimainkan dengan 2 hingga 10 orang pemain, manakala permainan yang ditaja pihak istana bilangan pemain biasanya sekitar 12 sehingga 16 orang pemain.

tsu-chu

Tidak semua perlawanan Tsu’ Chu dimenangi oleh pasukan yang menjaringkan gol. Dalam beberapa pertandingan, permainan ditentukan melalui markah yang diberi kepada pemain berdasarkan cara permainan mereka. Sebagai contoh, pemain yang membuat hantaran terlalu pendek menedang bola keluar dari kawasan gelanggang permainan akan dipotong mata. Maka pasukan yang kurang dipotong maka dikira pemenang.

Pada pertengahan abad ke-17, populariti Tsu’ Chu mula menurun. Walau bagaimanapun peraturan dan etika permainan terus hidup merentasi zaman dan tidak mustahil untuk kita bermain permainan Tsu’ Chu pada hari ini.

Dalam tempoh yang sama ketika rakyat China terhibur menikmati permainan Tsu’ Chu yang menggunakan pengadil.

Tsu’ Chu diiktiraf oleh FIFA sebagai permainan versi pertama yang mempunyai peraturan.

Bolasepak di Zaman Purba Jepun

Terdapat satu lagi permainan yang berasal dari negara Timut Jauh iaitu Jepun. Permainan rakyat Jepun ini dipanggil Kemari yang mula dimainkan kira-kira 500-600 tahun yang lalu dan masih dimainkan pada hari ini.

Sukan ini merupakan permainan pertama Jepun yang  sangat maju perkembangannya. Sukan ini dipengaruhi oleh sukan negara China, Tsu’ Chu tetapi cara bermain sukan ini kurang berdaya saing berbanding Tsu’ Chu.

kemari-palleggio-2

Kemari dimainkan di dalam bulatan yang berkeluasan 6-7m. Pemain berkerjasama bagi memastikan bola tidak jatuh ke tanah. Semua bahagian badan dibenarkan kecuali tangan dan lengan. permainan ini mirip kepada sepak raga bulatan.

Bola sukan ini dikenali sebagari Mari yang diperbuat dari kulit Rusa. Pada abad ke-13 peraturan permainan ini telah diselaraskan. Jepun dan tradisi tidak akan terpisah.

Bolasepak di Zaman Pertengahan

Secara umumnya boleh dikatakan bahawa orang Inggerislah yang menjaga kelansungan hidup tradisi permainan bolasepak semasa zaman pertengahan.

Pada pertengahan abad ke-14 terdapat satu permainan sukan yang sangat popular yang di panggil mob football dan jumlah pemain mob football ini adalah tanpa had. Pada ketika itu, tiada seorang pun yang terfikir untuk mewujudkan peraturan bolasepak.

Pertaturannya mudah, pemain dibenarkan untuk bermain selagi tindakan mereka tidak menjurus kepada kematian. Mereka bermain permainan ini di jalanan sehingga jalan-jalan di pekan menjadi gelanggang gergasi.

Peraturan yang ada ketika itu sangat sedikit dan sesiapa pun boleh bermain, akibatnya permainan menjadi tidak terkawal dan berakhir dengan pergaduhan. Bermain di jalanan jugak mengundang masalah kepada penduduk dan peniaga.

Melihat kepada kekecohan yang timbul pemerintah ketika itu mengambil keputusan untuk mengharamkan mob footbal. Oleh kerana populariti sukan ini dan ramai yang bermain, larangan tersebut tidak diendahkan dan sukan ini terus dimainkan. Patut la nama mob football.

Pada akhir abad ke-14, sukan ini telah tersemat teguh didalam budaya orang Inggeris.

Permulaan Bola Sepak Moden

Ketika bolasepak dimainkan secara meluas oleh anak muda di seluruh England, sukan ini telah diharamkan di sekolah kerana peraturan bolasepak ketika itu amat kurang untuk mengawal pemain dan permainan itu sendiri, akibatnya permainan ini selalu berakhir dengan kecederaan dan kekecohan.

Keadaan ini mendorong kelab-kelab yang ada dalam abad ke-19 mencipta peraturan bagi memastikan permainan yang adil dan jujur. Kelab-kelab ini telah berkumpul dan bersatu serta mencapai kata sepakat untuk menubuhkan Football Association atau Persatuan Bolasepak.

Peraturan yang dicipta ini merupakan asas kepada peraturan bolasepak yang kita gunakan sekarang. Kalau nak diceritakan lagi dari sinilah wujudnya sukan rugby dan dari sinilah bolasepak dipanggil “soccer” di Amerika Syarikat.

Penubuhan Football Association(FA)

Pada tahun 1860-an, peraturan mula digunakan untuk mengawal permainan dan kekasaran di padang. Boleh dikatakan setiap kelab yang ada mula membuat peraturan mereka sendiri.

Maka timbullah masalah lain, setiap kelab atau bandar bermain dengan peraturan yang mereka tetapkan sendiri. Apabila perlawanan mereka bertemu dengan pasukan lain berlakulah pertikaian mengenai peraturan mana yang patut mereka patuhi.

greece_football_team_inter-allied_games

Masalah ini akhirnya selesai pada 1863 apabila 12 kelab dari London bertemu duduk semeja dan kerusi lain-lain bagi membincangkan peraturan umum ketika perlawanan. Kelab-kelab tersebut kemudian bersepakat untuk mewujudkan badan pentadbiran yang dipanggil Football Association(FA) bagi mengawal selia perlawanan.

Dari England, perkara ini telah tersebar dengan meluasnya ke negara Eropah lain seperti Spenyaol, Perancis, Belanda dan Sweden. Akhirnya negara-negara ini bergabung untuk membentuk badan pentadbiran yang menyelia perlawanan antarabangsa, maka wujudlah FIFA.

fotbal_21825000

FA telah meningkatkan populariti bolasepak dan membantu menyebarkan bolasepak keseluruh pelusuk bumi termasuk Brunei dan Singapura. Sejak itu ianya mula dikenali sebagai football, futbol, futebol, dan fussbol tetapi di Amerika bolasepak dikenali sebagai soccer.

Piala FA yang ada sekarang adalah bersempena Football Association yang ditubuhkan ini.


Download aplikasi The Sukan di Google Play