The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Shebby memalukan! – Scott Ollerenshaw Membuat Serangan Balas Pantas

Encik Bakri pada November 28, 2016

Bintang bola sepak Sabah era 90-an, Scott Ollerenshaw hari ini melancarkan satu serangan balas ke atas pengulas bola sepak, Shebby Singh berikutan komen Shebby yang menyelar pemilihan Darren Lok dalam skuad Piala AFF 2016 yang pulang awal Sabtu lalu.

Dalam artikel yang ditulis dalam sebuah majalah sukan atas talian, Fourth Official, Ollerenshaw mengatakan bahawa seorang sweeper yang berada 20meter di belakang pertahanan tengah menjerit-jerit memberikan arahan dan memarahi pemain lain di padang, tidak layak untuk menghentam pemain-pemain bertaraf dunia yang bermain di liga Perdana Inggeris.

Kini Shebby jarang ke udara kerana Astro Supersport telah menetapkan bahawa hanya individu yang pernah bermain di peringkat Liga Perdana Inggeris sahaja yang layak untuk memberi ulasan demi meningkatkan mutu siaran.

Darren Lok Di Mata Scott Ollerenshaw

Berkenaan Darren Lok, Scott Ollerenshaw selaku pengurus pemain itu mempersoalkan Shebby yang menunding jari ke arah pemain itu sahaja, daripada 23 pemain yang membawa nama Malaysia di Myanmar.

darren-lok-dan-scott-ollerenshaw

Bagi Ollerenshaw, tindakan Ong Kim Swee yang memilih Lok adalah kerana prestasinya yang mantap ketika latihan pusat selama tiga minggu bersama skuad kebangsaan, meskipun hanya bermain selama 45 minit sepanjang musim Liga Perdana.

Tambah Ollerenshaw lagi, Lok lagipun telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ketika perlawanan persahabatan terakhir menentang Papua New Gunea, jadi pilihan Ong Kim Swee adalah tepat.

Ollerenshaw juga memuji Darren Lok yang ditinjaunya sendiri ketika bermain bersama pasukan Eastbourne Borough, pasukan di liga divisyen lima England.

Menurutnya, Lok adalah pemain muda yang cukup profesional dan sentiasa mahukan yang terbaik, di samping berusaha keras mempelajari bahasa Melayu dan adat budaya tempatan.

Apa Sumbangan Shebby?

Selain daripada itu, Ollerenshaw juga mempersoalkan apa sumbangan Shebby kepada bola sepak Malaysia, selain menyelar dan mengkritik pedas jurulatih-jurulatih Malaysia baik K. Rajagobal, Dollah Salleh atau OKS di hadapan kamera di bilik berhawa dingin.

“Tahukah anda, Shebby? Anda tidak layak untuk menjadi jurulatih kerana anda tidak mempunyai lesen.

Anda hanya membuat duit dengan mulut yang lancang!

Shebby Menghuru-harakan Balckburn Rovers

Ollerenshaw juga mengenang kembali prestasi Shebby yang menjadikan kelab Inggeris, Blackburn Rovers sebagai sebuah sarkis ketika Shebby menjadi pengarah globalnya.

Antara kemusnahan yang dilakukan Shebby ialah :

1. Melantik Henning Berg sebagai ketua jurulatih walaupun tidak berpengalaman.

2. Pengambilan pemain Portugis yang sangat mahal (bagi taraf liga bawahan) dan dia bermain tidak sampai separuh musim!

3. Gaji pemain yang tidak masuk akal, menyaksikan Blackburn kerugian $2 juta sebulan.

Shebby vs Ollerenshaw

Pertembungan antara Shebby dan Ollerenshaw bukanlah perkara baru di mana Shebby pernah mengecam Ollerenshaw yang dikatakan menjadi ejen perlawanan persahabatan Malaysia menentang kelab-kelab Australia dengan pulangan yang lumayan.

Apa yang jelas, kedua-dua individu ini mempunyai pengaruh masing-masing dan pastinya episod perang mulut antara mereka akan kekal berpanjangan.