The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Shaqiri Mahu Menjadi Kapten Kosovo, Siapa Lagi Pemain Yang Layak Bermain Untuk Kosovo?

Eikrem pada June 22, 2016

Beberapa hari sebelum sepak mula pasukan Switzerland menentang Albania semasa EURO 2016 yang lalu, Xerdan Shaqiri membuat satu kejutan apabila beliau berkata, “Jurulatih Kosovo mahukan saya sebagai kapten? Apa salahnya, saya akan fikirkan nanti.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah Shaqiri dikatakan kecewa dengan jurulatih Switzerland yang tidak melantiknya sebagai kapten walaupun beliau adalah antara pemain yang paling senior dalam pasukan tersebut.

Peta Kosovo di rantau Balkan
Peta Kosovo di rantau Balkan

Shaqiri dilahirkan pada tahun 1990 di Kosovo dan keluarganya berhijrah ke Switzerland ketika beliau masih kecil dan setelah bermain bola sepak, beliau memilih untuk mewakili Switzerland. Tetapi, memandangkan Shaqiri telah bermain secara kompetitif bersama Switzerland, adakah beliau masih boleh bermain dengan Kosovo?

Walaupun masih lagi dalam perdebatan, tetapi memandangkan Kosovo adalah sebuah negara baru, maka pemain yang layak bermain dengan Kosovo walaupun telah bermain dengan pasukan negara lain, masih boleh bermain untuk Kosovo, memandangkan Kosovo adalah sebuah negara baru.

Dalam bola sepak, Kosovo adalah negara anggota yang ke 210, walaupun mendapat bantahan hebat Serbia dan Albania ketika  proses undian dilakukan di Zurich pada bulan Mei tempoh hari. Disebabkan keadaan politik yang tegang antara Kosovo-Serbia-Albania, maka Kosovo tidak akan diletakkan bersama kedua-dua pasukan tersebut untuk perlawanan kelayakan Euro dan Piala Dunia bagi mengelakkan sebarang tragedi berlaku.

Selain Shaqiri, siapa lagi pemain berdarah Kosovo yang layak untuk bermain untuk negara Balkan itu? Jika penyertaan dalam pasukan kebangsaan sekarang ini diambil kira, pasukan Switzerland dan Albania adalah pasukan yang paling terkesan.

Xherdan Shaqiri

shaqiei

Umur 24 tahun
Kelab Stoke City, England
Negara diwakili sekarang Switzerland
Kelayakan Lahir di Kosovo dan ibubapanya berdarah Kosovo

Adnan Januzaj

januzaj

Umur 21 tahun
Kelab Manchester United, England
Negara diwakili sekarang Belgium
Kelayakan Ibubapa berketuruan Kosovo

Valon Behrami

behrami

Umur 31 tahun
Kelab Watford, England
Negara diwakili sekarang Switzerland
Kelayakan Lahir di Kosovo

Granit Xhaka

granit

Umur 23 tahun
Kelab Arsenal, England
Negara diwakili sekarang Switzerland
Kelayakan Ibubapa berketuruan Kosovo

Taulant Xhaka

taulant

Umur 25 tahun
Kelab FC Basel, Switzerland
Negara diwakili sekarang Albania
Kelayakan Ibubapa berketuruan Kosovo

Admir Mehmedi

admir

Umur 25
Kelab Bayer Leverkusen, Jerman
Negara diwakili sekarang Switzerland
Kelayakan Datuk berbangsa Kosovo

Blerim Džemaili

blerim

Umur 30
Kelab Genor, Itali
Negara diwakili sekarang Switzerland
Kelayakan Datuk berbangsa Kosovo

Shani Tarashaj

shani

Umur 21
Kelab Everton, England (dipinjam ke Grashopper Zurich)
Negara diwakili sekarang Switzerland
Kelayakan Datuk berbangsa Kosovo

Amir Rrahmani

amir

Umur 22
Kelab RNK Split, Croatia
Negara diwakili sekarang Albania
Kelayakan Lahir di Kosovo, ibubapa berketurunan Kosovo

Etrit Berisha

etrit

Umur 27
Kelab Lazio, Itali
Negara diwakili sekarang Albania
Kelayakan Lahir di Kosovo, ibubapa berketurunan Kosovo

Lorik Cana

cana

Umur 32
Kelab Nantes, Perancis
Negara diwakili sekarang Albania (Kapten)
Kelayakan Lahir di Kosovo, ibubapa berketurunan Kosovo

Secara keseluruhannya, agak kuat juga pasukan Kosovo jika pemain-pemain di atas bertukar arah untuk bermain dengan Kosovo bermula dengan kelayakan Piala Dunia 2018 nanti. Mungkin agak sukar untuk tonggak pasukan Kedah, Liridon Krasniqi untuk bermain dengan pasukan kebangsaannya jika beliau tidak bermain di liga di Eropah.


Download aplikasi The Sukan di Google Play