Dalam masa sama, Shah Firdaus yang juga pemenang gangsa dalam ACC di India, awal bulan ini menyifatkan, kejayaan sulungnya di pentas kompetitif itu menyuntik semangatnya untuk berjuang pada Kejohanan Dunia pada 12 hingga 16 April ini.

Firdaus selepas ini akan kembali ke Malaysia selama dua hari sebelum kembali meneruskan latihan di Melbourne sebagai persediaan ke Kejohanan Dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memuat naik status di laman Twitternya dengan mengatakan - Ingat nama ini! Masa depan lumba basikal trek Malaysia tampak cerah!

Kalau anda nak tahu asal usul Keirin, boleh baca di sini.