The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Servis Bertukar Tangan, Pendrive Kini Di Tangan Khairy Jamaluddin

Encik Bakri pada August 27, 2016

Pendrive misteri yang didakwa mengandungi maklumat salah urus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini bertukar tangan apabila pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkannya kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam pertemuan mereka di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Menurut kenyataan Tunku Ismail dalam akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, beliau memutuskan untuk menyerahkan pendrive tersebut atas alasan bahawa FAM bukanlah masalah beliau.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menerima kunjungan Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada hari ini, 26hb Ogos 2016 di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil sikap kunci mulut berhubung isu pemacu pena atau pendrive yang diserahkan kepadanya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Antara topik yang diperbincangkan adalah berkaitan program-program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa ter­utama melibatkan sukan bola sepak.

DYAM Tunku Mahkota Johor memutuskan untuk menyerahkan pendrive tersebut kerana baginda tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM dan menjelaskan bahawa FAM bukanlah masalah baginda. Baginda hanya ingin menjaga kelab kecilnya, JDT,” kata kenya­taan itu.

Pada 18 Julai lalu, Tunku Ismail melalui Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pendrive yang menyimpan salah urus FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu turut menyimpan aktiviti rasuah dalam FAM yang didakwanya telah berlarutan selama 30 tahun.

Kata Tunku Ismail, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Malah selepas diberikan taklimat pada pertemuan dengan Bendahari FAM, Datuk Seri Norza Zakaria, 27 Julai lalu Tunku Ismail tetap berpendapat terdapat banyak penyalahgunaan dana dan perbelanjaan yang tidak perlu dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.

Khairy belum jumpa maklumat rasuah FAM

Khairy Jamaluddin belum menemukan sebarang maklumat yang boleh mengaitkan Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) dengan perbuatan rasuah atau salah urus selepas meneliti sebahagian kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diberikan kepadanya oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya, setakat ini beliau mendapati kandungan yang telah ditelitinya mengandungi laporan berkaitan dengan isu teknikal bola sepak negara.

Memberitahu bahawa kan­dungan pemacu pena itu akan diumumkannya pada Jummat ini, Khairy bagaimanapun berkata beliau masih meneliti secara terperinci kandungan pendrive itu dan mengakui itu bukan tugas mudah.

“Sebenarnya dokumen itu banyak menceritakan soal isu teknikal bola sepak negara. Ia bukan dokumen rasuah sahaja dan saya juga sedang mencari dalam dokumen itu jika ada penyelewengan.
“Maka ini bukan semudah disangka, saya kena teliti secara terperinci mana yang relevan, kalau saya jumpa soal penyelewengan sudah pasti saya kena serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apapun saya akan membuat kenyataan mengenai isu ini pada Jumaat ini,” katanya dalam sidang akhbar Persida­ngan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu Tunku Ismail menyerahkan pendrive yang didakwa beliau me­ngandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah urus oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Khairy selepas berkenan menerima kunjungannya di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Namun begitu, Khairy memberitahu, setakat ini beliau mendapati pendrive itu banyak mengandungi laporan teknikal berhubung FAM, skuad bola sepak kebangsaan, aspek kejurulatihan, skuad futsal negara, skuad wanita dan program pembangunan.

“Takkan saya hendak serahkan kepada SPRM benda-benda yang ada kaitan dengan corak permainan pasukan kebangsaan, nanti SPRM akan mentertawakan saya,” katanya.

Mengulas kenyataan aktivis dakwah dan masyarakat, Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang menggelarkan atlet Olimpik negara sebagai ‘ultra kiasu’ kerana lebih mementingkan wang ganjaran berbanding negara, Khairy berasa amat kecewa terhadap kenyataan yang dianggap sebagai penghinaan kepada atlet negara.

“Saya menganggap itu satu penghinaan kepada atlet kita, saya anggap pendapat beliau (Ridhuan Tee) tidak tepat dan berasa sangat kecewa serta marah apabila membaca kenyata­an itu.
“Saya mengenali atlet kita, mungkin Ridhuan Tee tidak pernah jumpa atlet kita, mereka (atlet) tanpa mengira bangsa dan latar belakang semua berjuang demi negara.

“Untuk membuat andaian sedemikian adalah sesuatu perkara yang menghina dan tidak bertanggungjawab dan lebih baik dia jangan komen pasal atlet sebab nampak sangat dia tidak tahu tentang sukan,” tegasnya.

Sumber : Utusan


Download aplikasi The Sukan di Google Play