Sergio Romero Terselamat Selepas Terbabit Dalam Kemalangan

Share on facebook
Share on twitter

Penjaga gol kedua Manchester United, Sergio Romero telah terselamat selepas terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang berhampiran dengan pusat latihan Carrington.

Kereta Lamborghini yang dinaiki Romero rosak teruk selepas melanggar penghadang tepi jalan selepas dipercayai terbabas.

Romero dilaporkan tidak mengalamai sebarang kecederaan walaupun kereta Lamborghini yang bernilai Β£170,000 mengalami kerosakan agak teruk.

Manchester United juga telah mengesahkan bahwa Romero tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu dan berlatih seperti biasa.

Menurut laporan Independent, penjaga gol berusia 32 tahun itu telah menghadiri sesi latihan pagi Isnin seperti biasa selepas kemenangan.

Gambar dan video memaparkan Romero berdiri berdekatan keretanya dalam keadaan seperti tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sergio Romero mula menyertai Setan Merah pada tahun 2015 oleh Louis Van Gaal dan telah menjadi penjaga nombor sejak itu hingga kini.

Pemain Argentina hampir saja menjadi penjaga gol utama Manchester United namun perpindahan David De Gea ke Real Madrid gagal.

Kali terakhir Romero beraksi adalan pada 16 Janurai lalu di FA Cup di mana Manchester United berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0.

Itu merupakan penampilan ke-9 Romero dalam musim ini. Empat di Europa League, tiga di League Cup dan dua di FA Cup.

Sergio Romero belum membuat sebarang penampilan dan mendapat peluang untuk beraksi di Premier League.

Romero telah memainkan peranan penting ketika Manchester United menjadi juara Europa League pada 2017 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Share on facebook
Share on twitter