The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Sepakan Penalti Paling Banyak Dalam Sejarah

Encik Bakri pada June 6, 2016

Dua kelab dari Division Kelima Czech, SK Batov dan FC Frystak telah mencipta rekod dunia – sepakan penalti paling banyak dalam sejarah bola sepak.

Perlawanan penuh bersejarah ini berlaku di Czech Republic dimana 52 sepakan penalti telah di untuk menentukan kemenangan.  SK Batov dan FC Frystak yang berentap pada perlawanan yang berkesudahan seri 3-3 selepas 90 minit perlawanan dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Sebanyak 52 sepakan penalti diambil menyaksikan keputusan berkesudahan 22-21 berpihak kepada SK Batov. FC Frystak berpeluang memenangi perlawanan pada kedudukan 4-4, 11-11 dan 14-14 tetapi disia-siakan.

Rekod sebelum ini dibuat pada tahun 2005 di Nambian Cup Final diantara KK Palace dan Civics. 48 sepakan penalti telah diambil setelah keputusan terikat 2-2. Menurut The Guinness Book of Records perlawanan itu dimenangi KK Palace setelah sepakan berakhir di angka 17-16.

Sepakan Penalti Paling Banyak Dalam Sejarah Bola Sepak


Download aplikasi The Sukan di Google Play