The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris

Eikrem pada October 27, 2015

Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris setakat artikel ini ditulis. 

Wayne Rooney hanya memerlukan 3 gol lagi untuk memecahkan rekod gol yang dijaringkan Sir Bobby Charlton buat Manchester United, iaitu 249 gol. Sebelum ini Rooney telah pun memecahkan rekod jaringan gol Charlton buat England.

Cristiano Ronaldo, Leo Messi dan Zlatan Ibrahimovic adalah penjaring terbanyak bagi kelab masing-masing. Siapa pula penjaring terbanyak untuk kelab-kelab EPL?

Arsenal

Thierry-Henry-Career-in-Pictures
Thierry Henry – tiada tolok tanding

Siapa lagi kalau bukan Thierry The King Henry, penyerang terhebat sepanjang zaman pasukan Arsenal. 228 gol dalam  376 perlawanan cukup membuktikan pemain Perancis ini mempunyai kualiti yang tiada tandingannya dalam sejarah Arsenal. Kalau Henry tidak menyertai Bercelona, mungkin dia mampu menjaringkan 300 gol.

Dalam pasukan sekarang, Theo Walcott adalah paling hampir dengan rekod Henry dengan 80 gol dalam 311 perlawanan.

Jangan gelak. Tak baik.

Chelsea

The Special One sebenar Chelsea
The Special One sebenar Chelsea

Frank Lampard Jr. – seorang pemain tengah yang cukup tajam di hadapan gol. Selaku seorang yang mempunyai karakter sebagai pemimpin, Lampard kerap menaikkan semangat rakan sepasukan untuk bermain dengan semangat juang yang tinggi.

Lampard menjaringkan 211 gol sepanjang kariernya bersama Chelsea, dan 147 darinya adalah dalam perlawanan liga.

Jika rekod pemain yang bermain sekarang diambil kira, John Terry adalah pesaing terdekat dengan 62 gol.

Liverpool

Ian Rush - tajam di hadapan gol sepertimana tajam hidungnya
Ian Rush – tajam di hadapan gol sepertimana tajam hidungnya

Sepanjang zaman, pasukan The Red half of Merseyside telah melahirkan ramai penjaring gol kelas dunia – Robbie Fowler, Michael Owen dan Steven Gerrard, tetapi rekod jaringan terbanyak Liverpool dipegang pemain antarabangsa Wales, Ian Rush.

Sepanjang kariernya bersama Liverpool, Rush telah menjaringkan 346 gol dari 1980 sehingga 1996 – 16 tahun.

Seorang lagenda.

Manchester City

Eric Brrok - kurang dikenali di lluar England
Eric Brrok – kurang dikenali di lluar England

Tidak ramai yang mengenali dan mengingati sejarah kelab yang baru naik setahun dua ini. Disebabkan tidak ramai pemain yang kekal dalam tempoh yang lama, sukar untuk pemain-pemain baru memecahkan rekod gol Eric Brook dengan 177 gol yang dijaring dari tahun 1927 ke 1940.

Buat masa ini Sergio Aguero telah menjaringkan 115 gol dari 175 perlawanan, satu pembelian yang baik dari Atletico Madrid.

Manchester United

Lagenda dan bakal lagenda United
Lagenda dan bakal lagenda United

Siapa lagi kalau bukan Sir Bobby Charlton – wira United dan England. Dengan 758 penampilan sebanyak 249 gol yang dijaringkan hasil dari kebangkitan selepas tragedy Munich menjadikan Charlton seorang tokoh bola sepak yang disegani di England.

Rooney mengekori rapat dengan 246 gol, hanya 3 kurang. Nampaknya rekod ini bakal di pecahkan Rooney pada bila-bila masa musim ini.

Newcastle United

'He scores whenever he wants'
‘He scores whenever he wants’

Seorang sahaj penyerang Newcastle yang cukup dikenali dan digeruni di dunia – Alan Shearer. 206 gol sepanjang kariernya bersama Newcastle yang bermula selepas Shearer meraikan kejuaraan liga bersama Blackburn Rovers – Ya, Blackburn Rovers – pada musim 1993-94.

Papis Cisse merupakan penjaring terbanyak Newcastle dalam skuad sekarang dengan 39 gol, hanya 167 gol kurang dari lagenda.

Tottenham Hotspur

Greaves - pemain kebanggan Spurs sepanjang zaman
Greaves – pemain kebanggan Spurs sepanjang zaman

Jimmy Greaves – salah seorang penyerang terbaik dan tertajam yang pernah England lahirkan, memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Spurs dengan 266 gol.

Harry Kane telah menjaringkan 36 gol setakat ini dan dalam tempoh 6 musim lagi, pemain muda ini  dijangka bakal melenyapkan rekod Greaves – itupun kalau tidak dibeli Real Madrid atau Manchester United.


Download aplikasi The Sukan di Google Play