Senarai Pemain yang Menyertai PSG Selepas Dibeli Pak Arab

Eikrem 5 bulan yang lalu

Suatu ketika dahulu, pasukan Paris Saint Germain bukanlah satu pasukan yang kuat dalam peta bola sepak eropah, terutamanya sekitar awal 2000, di mana Olympique Lyon pernah memenangi liga selama tujuh musim berturut-turut, dari musim 2001-2002 sehingga 2007-2008. Namun segalanya berubah apabila pada tahun 2011 Qatar Sports Investment telah membeli kelab ibu negara Perancis ini pada harga sekitar €50 juta sahaja.

Qatar Sports Investment ini merupakan anak syarikat kepada Qatar Investment Authority – kalau di Malaysia 1MDB lah. Cuba kau bayangkan kalau 1MDB beli Liverpool, agak-agak kaya tak kelab tu nanti?

Sejak pembelian tersebut, PSG berubah menjadi kelab yang terkaya di Perancis dan telah memenangi Ligue1 sebanyak empat kali berturut-turut sejak musim 2012-2013.  Daripada duit pak Arab tu, seramai 38 pemain telah dibawa ke Parc Des Princes.

Ramai kan? Okay lah tu 38 orang dalam tempoh 6 tahun. Melaka United selamba je bawa masuk lebih 20 pemain baru dalam satu musim. Hebat kan?

Daripada senarai 38 pemain tersebut, ada yang berjaya menempa nama dan ada juga yang tidak. Berikut adalah kesemua pemain yang menyertai PSG selepas pembelian QSI.

Javier Pastore


Kelab asal : Palermo

Thiago Motta

Kelab asal : Inter Milan

Kevin Gameiro

Kelab asal : FC Lorient

Mohamed Sissoko

Kelab asal : Juventus

Jeremy Menez

Kelab asal : Roma

Blaise Matuidi

Kelab asal : Saint-Étienne

Alex

Kelab asal : Chelsea

Salvatore Sirigu

Kelab asal : Palermo

Maxwell

Kelab asal : Barcelona

Milan Bisevac

Kelab asal : Valenciennes

Diego Lugano

Kelab asal : Fenerbahce

Nicolas Douchez

Kelab asal : Rennes

Thiago Silva

Kelab asal : AC Milan

Lucas Moura

Kelab asal : Sao Paulo

Ezequiel Lavezzi

Kelab asal : Napoli

Zlatan Ibrahimovic

Kelab asal : AC Milan

Ronan Le Crom

Kelab asal : AS Nancy Lorraine

Marco Verratti

Kelab asal : Pescara

Gregory van der Wiel

Kelab asal : Ajax

David Beckham

Kelab asal : LA Galaxy

Edinson Cavani

Kelab asal : Napoli

Marquinhos

Kelab asal : Roma

Yohan Cabaye

Kelab asal : Newcastle

Lucas Digne

Kelab asal : Lille

David Luiz

Kelab asal : Chelsea

Serge Aurier

Kelab asal : Toulouse

Angel Di Maria

Kelab asal : Manchester United

Layvin Kurzawa

Kelab asal : Monaco

Kevin Trapp

Kelab asal : Eintracht Frankfurt

Benjamin Stambouli

Kelab asal : Tottenham

Gustavo

Kini dipinjamkan ke Zwolle di Eredivise

Kelab asal : Sao Paolo

Julian Draxler

Kelab asal : Wolfsburg

Grzegorz Krychowiak

Kelab asal : Sevilla

Jesé

Kelab asal : Real Madrid

Giovani Lo Celso

Kelab asal : Rosario Central

Thomas Meunier

Kelab asal : Club Brugge

Hatem Ben Arfa

Ben Arfa Batik. Hambar kan?

Kelab asal : Nice

Goncalo Guedes

Kelab asal : Benfica