The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Pemain Yang Dikatakan Bakal Menjadi “The Next Messi”, Dimana Mereka Sekarang?

Encik Bakri pada October 7, 2016

Selepas lebih sedekad Messi menjadi sensasi bolasepak dunia. Aksi memukau Messi menjadi igauan ramai, maka banyaklah bakat-bakat baru yang mula dikatakan bakal menjadi “The Next Messi”.

Kebanyakkan negara mempunyai “The Next Messi” mereka sendiri antaranya Take Kubo, “the (first) Japanese Messi”, Sardar Azmoun “the Iranian Messi”, Christian Atsu “the African Messi”, Zak Gilsenan “the Australian/Irish Messi”, Safee Sali “The Malaysian Messi”, Fakri Saarani “The Felda Messi” dan banyak lagi.

Malah Karamoko Dembele yang berusia 13 tahun juga dibanding dengan Messi kerana gaya permainannya. Dibawah merupakan antara “The Next Messi” yang sedang cuba menjadi power.

Baca : Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pemain Celtic Yang Berusia 13 Tahun Karamoko Dembele.

Juan Iturbe – The Paraguayan Messi

juan-iturbe-the-paraguayan-messi

Umur : 23 Tahun
Kelab Semasa : AS Roma

Lahir di Buenos Aires. Dilabel Paraguayan Messi kerana memulakan karier bersama Cerro Porteño kelab dari Paraguay tetapi memilih untuk beraksi untuk negara kelahirannya Argentina. Merupakan salah seorang pemain yang jarang dikasari kerana kepantasan beliau.

Pada umur 18 Iturbe berpindah ke Eropah dengan menyertai Porto, bagaimanapun beliau di pinjamkan ke Hellas Verona dan aksinya menarik perhatian ramai dan Ituber diikat Roma pada tanda harga €31 juta tetapi beraksi hambar. Musim lepas Iturbe dipinjamkan ke Bournemouth dan hanya membuat satu penampilan sahaja.

Mohamed Salah – The Egyptian Messi

mohamed-salah-the-egyptian-messi

Umur : 24 Tahun
Kelab Semasa : AS Roma

Salah menjadi sebutan apabila membantu Basel menewaskan Chelsea dua kali di peringkat kumpulan Liga Juara Eropah. Perkara ini menarik minat Chelsea dan terus mendapatkan Salah pada harga £11m pada musim perpindahan Januari.

Salah mempamerkan aksi yang memberangsangkan tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan temapt di kesebelasan utama. Beliau dipinjamkan ke Fiorentina dan kembali berbisa. Oleh kerana Willian dan Hazard menjadi pilihan, Salah dibenarkan untuk berpindah ke Roma.

Lorenzo Insigne – The Italian Messi

lorenzo-insigne-the-italian-messi

Umur : 25 Tahun
Kelab Semasa : Napoli

Mempunyai fizikal yang hampir cocok dengan Messi dari segi ketinggian, boleh mengelecek dengan baik dan pantas. Titik pusat graviti yang rendah memberi ingauan ngeri kepada pemain pertahanan. Bekas rakan sepasukan beliau Goran Pandev memberi gelaran Italian Messi kepada Insigne.

Meningkat naik bersama skuad remaja Napoli sebelum membuat kemunculan bersama Skuad Utama Napoli pada musim 2012/13 ddengan menjaringkan 5 gol dan 7 bantuan gol. Persembahan yang padu dari pemain muda berusia 21 tahun.

Maxi Romero – The New Messi

maxi-romero-the-new-messi

Umur : 17 Tahun
Kelab Semasa : Velez Sarsfield

Berdasarkan kepada aksinya bersama skuad remaja, Maxi Romero sudah layak digelar “The New Messi”. Arsenal dilaporkan sudah menandatangi pemain ini tetapi hanya boleh di bawa ke Utara London apabila beliau berumur 18 tahun.

Usaha Arsenal untuk mendapatkan pemain ini menghadapi masalah yang selalu terjadi di Amerika Selatan iaitu hak pemilikan pemain.

Baca: Apa Itu ‘Third Party Ownership’ dalam Perpindahan Pemain?

Alan Dzagoev – The Russian Messi

LaPresse08-06-2012 Wroclaw, PoloniasportcalcioEuro 2012 - Russia vs Repubblica CecaNella foto: esultanza di Alan Dzagoyev

Umur : 25 Tahun
Kelab Semasa : CSKA Moscow

Pemain mempunyai ketinggian 3 inci lebih dari Messi ini setia bersama CSKA Moscow sejak 2008 ketika berumur 17 tahun. Pada musim 2008, musim pertamanya yang selalu diingati apabila dinobatkan Pemain Muda Terbaik dengan 13 gol dan 10 bantuan gol. Pada EURO 2012 Alan Dzagoev menjaringkan 3 gol untuk Russia di peringkat kumpulan walaupun Rusia tidak layak ke pusingan kalah mati.

Walaupun banyak tawaran dari kelab Eropah beliau seti bersama CSKA Moscow. Real Madrid pernah membuat tawaran tetapi beliau menolak kerana beliau hanya akan berhijrah jika Chelsea membuat tawaran. Pemain ini mempunyai penyudah dan hantaran yang baik tetapi sayang beliau tidak mahu keluar dari Russia untuk meningkatkan mutu permainan.