The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Pemain Yang Dikatakan Bakal Menggegar Dunia, Tetapi Gagal

Eikrem pada August 20, 2015

Bola sepak dunia sering dimeriahkan dengan bakat-bakat muda yang dikatakan ‘the next big thing’, pemain yang bakal menggegar dunia seperti Maradona, Pele, Ronaldo, Zidane dan Cryuff.

Ramai yang berjaya mencapai tahap yang dibanggakan seperti Leo Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Arjen Robben dan Franck Ribery.  Tetapi, ramai juga yang terkulai dan tidak dapat memenuhi harapan dan ekspektasi para peminat. Ada yang gagal disebabkan masalah kecederaan, lebih teruk lagi kerana masalah disiplin!

Berikut adalah senarai pemain-pemain yang dikatakan bakal menggegar dunia tetapi gagal.

Alexandre Pato

180175

Bakat Pato menjadi sebutan di Liga Brazil apabila beliau menjadi penjaring terbanyak dalam liga bawah-20 tahun bersama Internacional. Pada tahun berikutnya Pato telah diserap ke pasukan utama Internacional dan kekal cemerlang, malah memecahkan rekod Pele sebagai pemain paling muda yang menjaringkan gol dalam kejohanan anjuran FIFA, ketika menentang Al-Ahly dalam kejohanan FIFA Club World Cup.

Kecemerlangannya membuka mata kelab eropah dan akhirnya AC Milan berjaya mengikat Pato pada Ogos 2008. Walau bagaimanapun Pato hanya mula melakukan debut bersama AC Milan pada Januari 2008, kerana tertaktuluk undang-undang EU bagi tenaga kerja di bawah 18 tahun.

Pada 2009, Pato menjadi pemain Brazil pertama mendapat anugerah Pemain Muda Terbaik Serie A. Ketika cemerlang bersama AC Milan, kecederaan mula membelenggu Pato, dan Pato banyak menghabiskan masa di meja rawatan berbanding di padang. Malah pada musim 2010-2011, Pato hanya mampu bermain sebanyak 20 permainan dek kecederaan.

Pada Januari 2013, Pato dijual kepada kelab Brazil, Corinthians dan perkara sama berlaku di mana beliau sekali lagi bergelut dengan prestasi dan kecederaan. Musim 2014 sekali lagi menyaksikan Pato berpindah pasukan apabila Sao Paolo membelinya dari Corinthians.

Pada musim panas 2015, Pato dikaitkan dengan Tottenham Hotspur untuk digandingkan dengan Harry Kane. Di sebalik rekodnya yang cepat cedera, berpindah ke Liga Perdana Inggeris mungkin bukanlah satu langkah yang bijak tetapi Pato akhirnya ke Chelsea.

Robinho

103113-SOCCER-Germany-Robinho_-HF-PI_20131031145919855_660_320

Pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun, Pele telah memilih Robinho sebagai pewaris takhtanya, iaitu pemain terhebat Brazil sepanjang zaman. Pada tahun tersebut jugaa menyaksikan Robinho telah membantu Santos mengecap kejuaraan pertama liga Brazil.

Kelincahannya menarik minat kelab-kelab gergasi eropah, namun Robinho telah memilih untuk menggantikan Luis Figo di Real Madrid. Di Santiago Barnebeu, Robinho berjaya menjadi watak utama dalam kejuaraan La Liga pada musim 2007-08, dan berjaya berada di dalam senarai 10 pemain terbaik dunia malah di calonkan untuk Ballon d’Or.

Namun akibat perbalahan dengan presiden kelab, Ramon Calderon, Robinho dijual ke Manchester City. Musim pertama dengan The Citizens, Robinho menjaringkan 14 gol, ketiga terbanyak pada musim tersebut.

Pada musim kedua, Robinho mula mengalami masalah kecederaan sehinggakan dia hanya mampu bermain 12 perlawanan dari Ogos ke Disember 2009, dengan hanya menjaringkan 1 gol. Pada Januari 2010, Robinho dipinjamkan ke kelab lamanya, Santos sehingga penghabisan musim.

Musim berikutnya Robinho berpindah ke AC Milan namun gagal kembali ke zaman kemuncaknya apabila sering dibelenggu masalah kecederaan. Sekiranya Robinho tiada masalah kecederaan, mungkin beliau bergandingan bersama Neymar di Piala Dunia 2014.

Ricardo Quaresma

quaresma-porto-

Satu nama yang cukup gah pada awal tahun 2000. Memulakan karier bersama Sporting Lisbon, Quaresma tampil cemerlang di Liga Portugal dan memikat Frank RIjkaard yang ketika itu menjadi jurulatih Barcelona.

Quaresma menyertai Barcelona pada musim panas 2003 dan membuat 21 penampilan dengan hanya 1 gol. Menjelang minggu-minggu akhir musim tersebut Quaresma cedera kaki kanannya dan terlepas baki perlawanan musim tersebut, lebih teruk lagi apabila pemain ini berkelahi dengan Rijkaard dek egonya yang tinggi, dan sering menganggap dirinya lebih penting dari pemain lain.

Pada musim berikutnya, Quaresma dijual ke Porto sebagai sebahagian dari pembelian Deco menuju ke Barcelona. Pada musim pertamanya, Quaresma sering dicemuh kerana sikap pentingkan diri sendirinya tidak mahu menghantar bola kepada rakan, malah lebih suka untuk menggelecek sendirian. Namun lama-kelamaan Quaresma mula berubah dan menjadi kesukaan peminat.

Inter Milan membeli pemain lincah ini pada musim berikutnya. Inter di bawah Jose Mourinho, tidak berpuas hati dengan prestasi Quaresma dan menyebabkannya gagal mendapat kesebelasan utama. Lalu Quaresma dipinjamkan ke Chelsea dan nasib pemain ini tidak berubah.

Selepas Chelsea, Quaresma telah menyertai banyak kelab malah pernah bermain di liga Negara arab. Andai egonya dapat dibuang, mungkin Neymar tidak diperlukan di Barcelona. Teta[i kini Quaresma seakan sudah insaf.

Ravel Morrison

morrison_AP-450504

Pemain ini dilahirkan di Manchester dan menimba ilmu bola sepak di akademi bola sepak Manchester United. Pada usia Morrison 16 tahun, Sir Alex Ferguson pernah mengatakan bahawa Morrison adalah pemain terbaik yang pernah dia lihat untuk peringkat usia tersebut.

Bersama rakan karibnya, Paul Pogba, Morrison membawa pasukan remaja United memenangi Piala FA Remaja 2011 dan pasukan mereka digelar the next Class of 92. Disebabkan kehebatan aksinya di atas padang, Morrison mula berasa besar kepala sehinggakan ada satu ketika dia hanya dating dua kali seminggu ke padang latihan.

Kariernya bersama United tidak lama dan pada musim berikutnya dia menyertai West Ham United, namun tabiat lamanya masih tidak berubah. Sebagai pendedahan untuk mengubah karakter Morrsion, pengurus West Ham menghantarnya secara pinjaman kepada Queens Park Ranger dan Cardiff City.

Masalah utama Morrison ialah bermain mengikut mood. Pada hari baiknya, Morrison boleh menjaringkan gol cantik dan melakukan assist dengan banyak.

Kini Morrison bermain bersama Lazio di Serie A, tetapi dia dikatakan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana di Rom dan sedang berkira-kira untuk kembali ke England.

Joey Barton

joey-barton_2221769b

Nama yang tidak asing bagi peminat bola sepak EPL. Pada perlawanan terakhir EPL musim 2011-2012, Barton mendapat kad merah ketika menentang Manchester City akibat menyerang tiga pemain lawan.

Akibatnya, dia digantung 12 perlawanan dan terpaksa menjalani penggantungan tersebut meskipun bermain di Ligue 1 pada musim berikutnya. Barton juga pernah digantung empat bulan dari bermain setelah menyerang rakan-sepasukan, Ousmane Dabo ketika bermain dengan Manchester City.

Dalam satu perlawanan menentang Blackburn Rovers, Barton telah menumbuk pemain tengah lawan, Morten Gamst Pedersen dan sekali lagi menyebabkannya digantung perlawanan.

Ketika usia muda, Barton pernah dikatakan bakal menjadi pemain tengah utama England dan akan menjadi pengganti Paul Gascoigne. Namun akibat masalah disiplin di dalam dan luar padang, harapan hanya tinggal harapan.

Kini Barton masih lagi belum mempunyai pasukan setelah kontraknya bersama QPR tamat penghujung musim lalu. Walaupun ada beberapa kelab EPL yang berminat untuk mendapatkannya, risiko digantung perlawanan menjadi punca pasukan tidak berani menawarkan kontrak kepada Barton.

Baca :Senarai Pemain Yang Dikatakan Bakal Menjadi “The Next Messi”, Dimana Mereka Sekarang?


Download aplikasi The Sukan di Google Play