The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Pemain Yang di ‘Sailang’ Oleh Chelsea

Eikrem pada August 23, 2015

Pada musim lalu, Pedro telah sah menandatangani kontrak bersama pasukan Chelsea, meskipun dikaitkan bakal mewakili Manchester United sepanjang musim panas ini. Puncanya, Pedro dikatakan tidak berminat dengan cara Louis van Gaal melayan De Gea dan Victor Valdes. (Baca sini)

Pedro bukanlah pemain pertama yang berjaya dipancing dari pasukan lawan, mengikut sejarah, beberapa pemain juga telah berjaya membaut keputusan mengejut menyertai Chelsea walaupun dikaitkan dengan pasukan lain sebelumnya.

Musim ini tinggal beberapa hari lagi jendela perpindahan bakal ditutup adakah Chelsea bakal membuat Penyailangan lagi?

Arjen Robben ke Manchester United

Robben ketika mewakili Chelsea
Robben ketika mewakili Chelsea

Ketika beraksi di PSV Eindhoven pada musim 2002-03, Robben begitu cemerlang bergandingan dengan Mateja Kezman, sehinggakan pasangan ini digelar ‘Batman and Robben’.

Kehebatannya menarik minat United dan Sir Alex Ferguson telah bertemu Robben di London dan membuat tawaran 7 juta Euro kepada kelab Belanda tersebut untuk mendapatkannya.Walau bagaimanapun, pengerusi PSV, Harry van Raaij menempelak Alex dengan mengatakan nilai tersebut hanya mampu untuk membeli jersi yang ditandatangani Robben!

Usai mendapat khabar tersebut, pemilik Chelsea Roman Abramovich terus menawarkan 12juta Euro dan terus diersetujui PSV. Musim berikutnya, Robben menyarung jersi the Blues dan membantu Chelsea memenangi kejuaraan Liga.

John Obi Mikel ke Manchester United

OSLO, NORWAY: Nigerian soccer player John Obi Mikel smiles after signing with Manchester United in Oslo, 29 April 2005. Mikel, who signed for Manchester United, has claimed he was pressurised into agreeing a deal with Manchester United and did not sign a contract of his own free will. Mikel has been rumoured to be in talks with Chelsea. NORWAY OUT AFP PHOTO (Photo credit should read /AFP/Getty Images)
Obi Mikel ketika sidang media bersama Man United

Obi Mikel telah bersama skuad Chelsea sejak 2006, setelah episod perpindahan yang kontroversi sehingga menyebabkan Chelsea pernah digantung dari membeli pemain.

Ceritanya bermula apabila Man United dikatakan bersetuju untuk membeli Obi Mikel dari kelab Norway, Lyn Oslo. Malah Obi Mikel telah menurunkan tandatangan untuk bermain bersama United dan menyatakan kegembiraannya untuk mewakili United dalam satu sidang media.

Tidak lama kemudian, ejen Obi Mikel, John Shittu mendakwa perjanjian antara Oslo dan United tersebut tidak melaluinya dan menyatakan bahawa perjanjian itu tidak sah. Sebaliknya Shittu mengatakan Obi Mikel lebih berminat untuk bermain untuk Chelsea. Chelsea telah digantung dari membeli pemain setelah didapati bersalah tidak menghormati kontrak pemain bersama pasukan lain.

Walau bagaimanapun, setelah rundingan demi rundingan dibuat, Chelsea sah memiliki Obi Mikel dan perlu membayar ganti rugi kepada Lyn Oslo dan Manchester  United.

Baca juga : Tawaran gila Man United!

Mohamad Salah ke Liverpool

Salah - menyertai AS Roma setelah gagal di Chelsea
Salah – menyertai AS Roma setelah gagal di Chelsea

Pasti ramai masih lagi ingat episod perpindahan pemain antarabangsa Mesir ini ke Chelsea. Liverpool dikatakan bakal menjadi destinasi Salah selepas Basel, tetapi perbincangan antara kedua-dua kelab mengambil masa terlalu lama sehinggakan Chelsea dapat menghidu peluang mereka.

Apabila Chelsea menghubungi ejen Salah, Sasha Empacher, beliau dengan senang hati menyatakan kliennya sangat gembira untuk mewakili Chelsea. Andai Liverpool tidak mengambil masa yang lama, pastinya Salah telah menyarung jersi the Reds.

Baca juga : Pemain Chelsea yang tidak disukai Mourinho

Juan Mata ke Arsenal

Mata ketika bersama Valencia
Mata ketika bersama Valencia

Ketika Juan Mata bermain di Valencia, Arsenal telah membuat bidaan mengatasi rekod kelab ketika itu, 18 juta GBP. Valencia berasakan nilai tersebut tidak setimpal dengan kualiti yang dimiliki Mata.

Sejurus tawaran Arsenal ditolak, Chelsea terus menawarkan 23.5 juta GBP dan ditermia kelab Sepanyol tersebut. Mata menyertai Chelsea dan menjadi pemain terbaik kelab selama dua musim berturut-turut sebelum dijual kepada Manchester United sewaktu pintu perpindahan Januari 2014.

Willian ke Tottenham Hotspur

Willian menjalani pemeriksaan kesihatan di White Hart Lane
Willian menjalani pemeriksaan kesihatan di White Hart Lane

Kecemerlangan Willian bersama kelab Russia, Anzhi Makachkala telah membuka  mata kelab gergasi eropah dan Spurs telah muncul sebagai pasukan yang telah 99% berjaya mendapatkan pemain tengah tersebut.

Malah, Willian telah menjalani pemeriksaan perubatan di White Hart Lane setelah Aznhi setuju dengan nilai 30 juta GBP untuk pemain tersebut.

Namun segalanya berubah apabila pemilik Chelsea menelefon rakannya di Russia yang juga pemilik kelab Anzhi, Suleyman Kerimov, untuk membeli Willian. Tawaran harga sama nilai dengan Spurs telah dikeluarkan dan memandangkan Chelsea mempunyai hubungan-Russia dengan Anzhi, Willian telah menyertai The Blues.

Pengurusan Spurs sangat marah di atas apa yang berlaku dan cuba membawa kes ini ke FIFA tetapi gagal.


Download aplikasi The Sukan di Google Play