The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Pemain Yang Bakal Memecahkan Rekod Jaringan Terbanyak Alan Shearer

Encik Bakri pada November 5, 2016

Rekod jaringan Alan Shearer merupakan satu rekod yang tidak lagi mampu dipecahkan oleh mana-mana pemain di Liga Perdana Inggeris. Shearer telah menjaringkan 260 gol semasa beliau beraksi bersama Blackburn dan Newcastle United antara tahun 1992 sehingga 2006.

alan-shearer-scores-goal-premier-league-season-19961997
Gambar : Stu Forster /Allsport

Shearer dengan bangganya mencatatkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dan rekod itu masih lagi miliknya walaupun selepas 10 tahun bersara. Super Al sudah semestinya tidak akan terus memegang rekod tersebut buat selamanya dan calon-calon yang bakal memecahkan rekod tersebut sudah ditemui.

Shearer juga pernah memenangi kejuaraan liga bersama bekas kelabnya Blackburn yang memecah dominasi Manchester United pada 1995.

Antara faktor yang diambil kira untuk memungkinkan para pemain ini memecahkan rekod tersebut adalah kadar jaringan gol semasa dan konsistensi serta juga faktor umur.

Romelu Lukaku

Gambar : Holler Online
Gambar : Holler Online

Setakat artikel ini ditulis Lukaku telah menjaring 67 gol sepanjang kariernya di Liga Perdana dan umurnya ketika ini baru sahaja 23 tahun. Kadar jaringan Lukaku sekarang 0.7 gol per perlawanan.

Jika Lukaku dapat mengekalkan kadar jaringannya sebanyak 7 gol dalam 10 penampilan, pemain Belgium ini bakal menamatkan musim ini dengan 86 gol secara keseluruhan sekaligus meletakkan beliau di tangga ke-37 penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Buat masa sekarang, mengikut perkiraan Lukaku memerlukan 276 perlawanan untuk mendapat baki 193 gol. Ini bermakna Lukaku bakal berusia 30 tahun atau lebih kurang 7 tahun lagi.

Andai segalanya berlaku mengikut perkiraan, musim 2022/23 merupakan musim yang dijangka untuk Lukaku memecahkan rekod.

Sergio Aguero

Gambar : The Independent
Gambar : The Independent

Sergio Aguero yang berumur 28 tahun dilihat mampu untuk memecahkan rekod tersebut pada umur 33 tahun jika Aguero mampu mengekalkan tahap kadar jaringan iaitu 0.7 gol per perlawanan seperti yang dilakukan sekarang.

Aguero memerlukan 217 perlawanan lagi bagi mengatasi rekod yang dipegang Shearer. Sekiranya semuanya berjalan seperti perkiraan rekod Shearer bakal dileburkan oleh Aguero pada tahun 2021.

Diego Costa

Gambar : Muzul
Gambar : Muzul

Kadar jaringan Diego Costa sekarang adalah 0.8 gol per perlawanan. Costa memerlukan 276 perlawanan lagi untuk memintas Shearer. Jika Costa konsisten bermain seperti sekarang pada tahun 2022 rekod tersebut bakal dileburkan. Ketika itu Costa berusia 34 tahun.

Eden Hazard

Eden Hazard
Gambar : Muzul

Kadar jaringan Hazard 0.5 gol per perlawanan dan Hazard memerlukan 430 perlawanan lagi untuk dicapai. Pada tahun 2026 diusia 36 tahun hasrat itu bakal tercapai.

Rahim Sterling

Gambar : The Independent
Gambar : The Independent

Sekiranya diukur pada kadar jaringan sekarang 0.4 gol per perlawanan, pada tahun 2030 Sterling bakal memotong jaringan Shearer di usia 36 tahu. Sterling perlu bermain 583 perlawanan untuk menuju kesitu.

Kesimpulan

Andai difikirkan secara berakal, hanya Lukaku satu-satunya pemain muda di Liga Perdana yang mampu memecahkan rekod tersebut setakat ini mengikut perkiraan dan faktor yang menjadi penanda aras dengan syarat Lukaku terus bermain di Liga Perdana dan terus mengekalkan kadar jaringan serta tidak meninggal dunia.

Hazard, Sterling, Costa dan Aguero jika dilihat pada faktor usia bakal melepasi tahap kemuncak prestasi dalam tempoh 3-4 tahun lagi atau mungkin lebih awal.

Segalanya mungkin dan ini hanya satu perkiraan. Bak kata Paish Ateng

“Ini Semua Khurafat”


Download aplikasi The Sukan di Google Play