The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Pemain Bolasepak Yang Merokok

Encik Bakri pada October 6, 2016

Merokok merbahayakan kesihatan tetapi terdapat beberapa orang pemain bolasepak yang merupakan penghisap rokok tegar dan diketahui umum. Walaupun merokok bukanlah satu perkara yang baik tetapi kalau dah hisap susah nak berenti. Tak Percaya? Boleh cuba.

Berikut merupakan antara pemain yang merokok

Jack Wilshere

jack-wilshere-smoking-main

Berita mengenai Wilshere selalu keluar didada akhbar jika bukan kerana kecederaan yang serius, isu disiplin dan gaya hidup beliau menjadi sebutan. Selain menghisap rokok, Wilshere juga menghisap Shisha (perisa Apple+Sugus+Mint).

Walaupun bekali-kali ditegur bekas pemain dan pengurus, Wilshere dengan tabahnya memekakkan telinga sambil menghisap rokok.

Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau

Mesut Ozil

ozil-smoking

Pemain tengah Arsenal ini antara pemain yang kisah peribadi jarang didendang apabila diluar padang tetapi tabiat merokok Ozil tidak dapat disembunyikan apabila gambarnya sedang merokok berjaya diambil oleh Paparazzi.

Mungkin sebab inilah Ozil selalu kelihatan tercungap-cungap tak cukup nafas ketika beraksi tetapi sentuhan Ozil di padang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kemungkinan rokok dihisap : John Hitam

Mario Balotelli

balotelli-smoking

Pemain yang penuh karakter samada di dalam atau diluar padang. Merokok melengkapkan status Balotelli sebagai budak nakal. Kalau google bersepah gambar Balotelli merokok dengan penuh gaya, nikmat dan gurih.

Balotelli pernah didenda oleh AC Milan kerana merokok di dalam tandas keretapi.

Kemungkinan rokok dihisap : Canyon

Dimitar Berbatov

berbatov-smoking

Berbatov terkenal sebagai penghisap tegar Curut dan jugak rokok. Gaya Berbatov hisap curut persis Vito Andolini Corleone a.k.a Don Corleone dalam filem The Godfather.

Kemungkinan rokok dihisap : Nusantara Merah

Ashley Cole

ashley_cole_right_was_pictured_smoking_a_cigarette

Cole dikenali sebagai pemain yang mempunyai tabiat merokok kerana sentiasa dilihat merokok disekitar Kelab Malam di kota London.

Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Light

Wojciech Szczesny

arsenal-fine-wojciech-szczesny-smoking

Penjaga gol Poland ini pernah didenda oleh Arsenal sebanyak £20,000 kerana merokok dibilik mandi selepas tewas kepada Southampton 2-0.

Kemungkinan rokok dihisap : Saat

Wayne Rooney

wayne-rooney-smoking

Bukan rahsia lagi bahawa Rooney merupakan seorang perokok tegar. Ferguson membenarkan Rooney merokok selagi tidak mengganggu permainannya di padang. Sekarang prestasi Rooney agak teruk mungkin kesan dari merokok?

Kemungkinan rokok dihisap : Luffman Hitam

Wesley Sneijder

senijderr-smoking

Pernah dikaitkan dengan Manchester United dan perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan beberapa tahun lepas kisah peribadi Sneijder menjadi perbualan. Selepas beberapa siri kecederaan dan kemudian berhijrah ke Turki, pemain kebangsaan Belanda ini sering dilihat merokok tanpa berselindung lagi.

Kemungkinan rokok dihisap : John Putih

Arsene Wenger

wenger-smoking

Wenger pernah berkata merokok tidak menjejaskan prestasi pemain selagi pemain itu membuat hantaran yang bagus kerana itulah yang mahu dilihat oleh penonton walaupun merokok bukanlah satu contoh yang baik. Walaupun Wenger pernah mengeluarkan kata-kata berbau politik, beliau pernah dilihat merokok di bangku simpanan semasa zaman pensabunan.

Sekarang dah berenti kot.

Kemungkinan rokok dihisap : Lucky Strike

Slaven Bilic

bilic-smoking

Pengurus West Ham ini merupakan perokok tegar. Bilic dikatakan menghisap rokok dua kotak sehari.

Kemungkinan rokok dihisap : Rotthmans

Safee Sali

safee-sali-isap-rokok-3

Bukan rahsia lagi Safee merupakan seorang perokok. Safee kantoi merokok ketika Piala Suzuki 2014 apabila gambarnya ketika asyik merokok diambil dan dimuatnaik ke laman sosial.

Kemungkinan rokok dihisap : Dunhill Merah

Cik Man

che-man-smoking

Pengurus Rimba Bara ini merupakan perokok tegar yang penuh bergaya.