The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Kelab Liga Perdana Inggeris Paling Ramai Pengikut Di Twitter

Encik Bakri pada August 18, 2015

Siapakah Juara follower paling ramai di laman sosial Twitter? berikut kami lampirkan senarai follower teramai di Twitter bagi tahun 2015. Pasukan Big Four terus mengungguli carta tetapi di kedudukan berlainan berbanding carta liga.

1. Arsenal (6.16 juta follower)

1

Walaupun bergelut untuk menjuarai takhta liga Arsenal bertakhta di laman Twitter dengan 6.16 juta pengikut paling tinggi pengikut berbanding kelab lain di England. Nampaknya Arsenal agak gah sebagai keyboard warrior.

2. Chelsea (5.94 juta follower)

2

Jiran setempat Arsenal di London berada di tempat kedua dengan 5.94 juta pengikut. Orang London ni memang suka main Twitter kot.

3. Manchester United (5.78 juta follower)

3

Pemenang 20 kali Liga Perdana Inggeris ini hanya berada di tempat ketiga dengan 5.78 juta pengikut. Kalau Ronaldo masih ada mungkin boleh dapat tempat pertama.

4. Liverpool (4.66 juta follower)

4

Kelab lagenda penuh bersejarah ini berada di tempat keempat dengan 4.66 juta pengikut. Mungkin faktor usia penyebab Liverpool kurang pengikut berbanding pasukan diatas. Ramai penyokong Liverpool terdiri dari lelaki dewasa.

5. Manchester City (2.5 juta follower)

5

Walaupun mempunyai kuasa wang yang tidak habis City hanya mampu mengumpul 2.5 juta pengikut sahaja separuh berbanding jiran mereka Manchester United. Nyata wang juga tidak boleh membeli pengikut di Twitter.

Senarai 25 Pasukan Teratas Pengikut Teramai Di Twitter

Arsenal have more Twitter followers than any other club in England Football News Sky Sports


Download aplikasi The Sukan di Google Play