The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai Gaji Tertinggi Pemain Bolasepak Malaysia

Encik Bakri pada August 12, 2016

Umum mengetahui bahawa gaji pemain bolasepak Malaysia merupakan antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara. Pengkritik dan bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh pernah mendedahkan gaji pemain Malaysia paling rendah RM10,000, paling tinggi RM100,000 sebulan. Shebby juga berpendapat bahawa gaji yang banyak menjadi punca mengapa pemain Malaysia enggan berhijrah ke liga luar terutama sekitar rantau ini.

Menurut Shebby lagi, sebanyak 30 peratus pemain tempatan menerima tangga gaji cukup besar dalam lingkungan RM20,000 ke RM70,000 sebulan berbanding liga negara lain ASEAN yang lebih rendah walaupun sumbangan mereka tidaklah begitu setimpal berbanding kualiti dipamerkan.

Akhbar NST juga pernah melaporkan berita mengenai gaji pemain Malaysia pada 2015 dengan tajuk yang agak menganjing Malaysian football: So much money, so little to show. NST juga telah mengeluarkan satu  infographic gaji pemain paling tinggi bagi tahun 2015 termasuk pemain import. Kalau korang klik link infographic kat bawah tu tengok la sendiri apa tajuk NST rename untuk file gambar dibawah ni.

senarai-gaji-tertinggi-pemain-malaysia-tahun-2012-2015
Senarai gaji Pemain Import dan Tempatan musim 2015 | Gambar NST

Diatas merupakan senarai gaji bagi tahun 2015 yang kat bawah ni disenaraikan gaji pemain bolasepak tempatan tertinggi dari tahun 2012 sehingga 2015 yang bersumberkan dari Wikipedia.

11. Mohd Nor Farhan Muhammad – RM40 000 (Kelantan)

norfarhan-senarai-gaji-tertinggi-pemain-malaysia-tahun-2012-2015
Gambar – The Star

Mohd Nor Farhan Muhammad merupakan tonggak utama Kelantan di zaman kebangkitan Kelantan pada tahun 2009. Beraksi bersama Kelantan pada 2009 sehingga 2010 sebelum beralih angin ke T-Team pada 2011 dan kembali bersama Kelantan musim 2012 dan 2013. Pemain penyerang ini kemudian berhijrah ke Terengganu pada 2014 sebelum kembali sekali lagi ke Kelantan pada 2015 sehingga kini. Norfarhan tidak beraksi di penghujung 2015 sehingga pertangahan tahun 2016 akibat kecederaan. Norfarhan dikhabarkan menerima gaji sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan.

10. Aidil Zafuan – RM50 000 (Johor Darul Takzim)

aidil-zafuan-senarai-gaji-tertinggi-pemain-malaysia-tahun-2012-2015
Gambar – Sinar Harian

Pertahanan kental JDT sejak penjenamaan semula Johor FC pada 2012 sehingga sekarang. Pada bulan Julai 2016,beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan. Pemain yang kerap mengalami kecederaan tetapi apabila beraksi tidak pernah mengecewakan sehingga Nora Danish bagi 5 bintang. Dilaporkan menerima gaji sekitar RM50 000 bersama JDT.

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

9. Badhri Radzi – RM50 000 (Kelantan)

Gambar - http://static.goal.com/296200/296234_heroa.jpg
Gambar – Static Goal

Kapten Marvel Kelantan Piya yang mengalami kemerosotan prestasi sejak 2015 tetapi kini kembali menggegar jaring untuk memberi kemenangan kepada Kelantan dalam dua perlawanan terakhir. Setia bersama Kelantan sejak 2007, tonggak menaikkan Kelantan menjadi gergasi Pantai Timur dengan menjuarai pelbagai gelaran termasuk Treble pada musim 2012.  Walaupun menerima tawaran lumayan dari negeri lain Piya tetap setia bersama Kelantan.

8. Baddrol Bakhtiar – RM65 000 (Kedah)

baddrol-bakhthiar-senarai-gaji-tertinggi-pemain-malaysia-tahun-2012-2015
Gambar – Static Goal

Pemain yang setia hanya bersama Kedah sejak 2006 yang juga salah seorang skuad Double Treble Kedah. Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden tahun 2005-2006. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Kesetiaannya bersama Kedah tidak boleh dipertikaikan, walaupun ditawarkan dengan tawaran yang lumayan Baddrol tetap setia bersama Kedah walaupun bermain di liga bawahan. Sekarang Kedah telah kembali sebgai pencabar ke persada Liga Utama.

Baddrol pernah beraksi di kejohanan Piala Juara Belia dan permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge. Tanggal 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.

7. Shukor Adan – RM70 000 (Felda United)

Gambar - http://cdn01.stadiumastro.com/images/default-source/BOLA-SEPAK-MALAYSIA-2016/120716-shukor-felda-united.tmb-width768.jpg?sfvrsn=1
Gambar – Stadium Astro

Pemain kelahiran Melaka ini yang juga bekas ketua pasukan Harimau Malaya pernah beraksi bersama Negeri Sembilan dan Selangor  sebelum kekal bersama Felda United sehingga kini. Semasa awal kemunculan Shukor beliau bermain sebagai pemain tengah, ekoran peningkatan umur kini beliau bermain di posisi pertahanan dan sangat kebal dan kental di posisi tersebut walaupun kini sudah berusia 37 tahun. #Respect.

6. Mohd Safiq Rahim – RM70 000 (Johor Darul Takzim)

Gambar - http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.105081.1353313188!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Gambar – Sinar Harian

Nama tidak yang perlu diperkenalkan lagi, bekas Ketua Pasukan Harimau Malaya yang mengumumkan persaraan pada Julai 2016. Persaraan Safiq sangat memberi kesan kepada pasukan kebangsaan yang sedang tenat sekarang. Safiq memulakan karier sebagai pemain untuk pasukan selangor dalam kejohanan Piala Presiden 2007, di mana ketika itu selangor muncul juara menewaskan perak di final dengan keputusan 1-0.

Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015. Pengiktirafan paling tinggi yang pernah di peroleh pemain bolasepak Malaysia. Gaji Safiq pada 2015 adalah sebanyak RM70 000 tetapi dengan kejayaan yang di raih mungkin tahun 2016 Safiq menikmati kenaikan gaji.

5. Indra Putra Mahayuddin – RM75 000 (Felda United)

Gambar - http://www.malaysiagazette.com/sites/default/files/field/image/indra.jpg
Gambar – Malaysia Gazette

Anak kelahiran Perak ini kini beraksi bersama Kelantan. Tahun 2015 beliau beraksi bersama Felda United dan menerima gaji sebanyak RM75 000. Gaji bersama Kelantan musim ini tidak di ketahui semoga tiada gaji tetunggak. Indra Putra Mahayuddin merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai seorang pemain serba boleh. Indra boleh bermain sebagai seorang penyerang dan sayap. Indra Putra memiliki kemahiran untuk melakukan jaringan gol melalui sepakan percuma.

Berusia 34 tahun, Indra memulakan kerjaya sebagai pemain senior pada tahun 1998. Sepanjang 6 tahun bersama perak dari 1998 sehingga 2003 Indra membuat 81 penampilan dan menjaringkan 49 gol. Indra juga telah dianggap sebagai Living Legend oleh penyokong Kelantan.

4. Amri Yahyah – RM85 000 (Johor Darul Takzim)

Gambar - http://1.bp.blogspot.com/_bZaT27oaVnE/TPMljupVMWI/AAAAAAAAAgQ/_Yn8uU5lK1M/s1600/3562754317_9468c037ce.jpg
Gambar – BP

Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, bagi penulis Amri layak dinobatkan sebagai Lagenda. Tidak perlu diragui komitmen dan konsistensi beliau apabila beraksi samada bersama pasukan negeri atau kebangsaan. Pernah terpalit dengan beberapa isu dan kontroversi tetapi aksi beliau di padang menutup segalanya. Di usia 35 tahun beliau masih berbisa walaupun jarang diturunkan untuk 90 minit perlawanan.

Memulakan karier bersama skuad Piala Presiden Selangor pada 1998, Amri kemudiannya berjaya menempatkan diri ke pasukan senior pada 2001 sehingga 2013 sebelum beralih angin ke Selatan tanah air pada 2014 sehingga kini. Bersama Selangor Amri membuat 200 kemunculan dan menjaringkan 71 gol.

3. Khairul Fahmi Che Mat – RM100 000 (Kelantan)

Gambar - http://www.thestar.com.my/~/media/online/2014/04/15/15/49/kl70_150414_bola-sepak.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=35556BE671D70A089ACE1F929CB60F7FFAED86EE
Gambar – The Star

Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek penjaga gol pasukan Kelantan sejak 2009 sehingga kini. Apek mula dikenali apabila beraksi cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dengan susuk tubuh yang kecil dan ketinggian 173cm Apek sentiasa konsisten mempertahankan gawang Kelantan dan pasukan Malaysia.

Pendapatan Apek bersama Kelantan sebanyak RM100 000 dan belum dicampur pendapatan sampingan apabila beliau dilantik sebgai duta produk dan model iklan. Kaya nau Apek ni. Diawal kemunculan Apek lebih popular di media hiburan ekoran gosip dan kisah peribadi yang di sensasikan ekoran wajah yang tampan persis Pokemon Go. Kini segalanya tenang bagi Apek setelah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Sampai aku sendiri tulis hal peribadi Apek.

2. Safee Sali – RM120 000  (Johor Darul Takzim)

Gambar - http://anwarhashim88.blogspot.my/2012/02/safee-sali-rambut-panjang-pernah-tgok.html
Gambar – Anwar Hashim 88

Anak kelahiran Kajang Selangor ini merupakan  pemain bola sepak Malaysia pertama yang bermain di dalam Liga Super Indonesia dengan Pelita Jaya.  Safee ke pasukan Pelita Jaya dengan yuran perpindahan sebanyak USD30 000 dan gajisebanyak USD10 000 atau RM 30 360. Memakai jersi bernombor 55, Safee membuat 42 kemunculan bersama Pelita Jaya dan menajringkan 27 gol.

Pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan yang merupakan gaji tertinggi pemain bolasepak di Malaysia. Safee masih relevan menjadi penyerang Harimau Malaya walaupun mengalami penurunan prestasi ekoran kekurangan pemain penyerang berkaliber. Ekoran penurunan prestasi dan aksi di padang gaji Safee pada 2015 dilaporkan turut menurun dan Safee di bayar sebanyak RM40 000. Satu jumlah yang masih lagi sangat besar.

1. Norshahrul Idlan Talaha – RM130 000 (ATM)

Matyo-senarai-gaji-tertinggi-pemain-malaysia-tahun-2012-2015
Gambar – SozCyili

Pada tahun 2015 Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo (bukan Mario) memecahkan rekod Safee Sali apabila menerima gaji sebanyak RM130 000 sebulan tidak termasuk bonus dan faedah lain. Tetapi pada pertengahan musim ATM tidak lagi mampu membayar gaji Matyo kerana mengalami masalah kewangan ekoran prestasi pasukan yang teruk. Kini ATM bermain di Liga Perdana dan berada di zon penyingkiran.

Selepas kelaur dari ATM, Matyo menyertai pasukan Terengganu dengan gaji sebanyak RM80 000, kurang RM50 000 berbanding gaji di ATM tetapi masih satu jumlah yang amat banyak (6 bulan gaji aku kot). Matyo juga dilaporkan meninggalkan pasukan JDT kerana meminta kenaikan gaji sehingga RM150 000 sebulan berbanding RM80 000 yang diterima sewaktu bersama JDT. Tak dapat RM150 000 merasa jugak la RM130 000. Kaya Kaya Kaya!


Download aplikasi The Sukan di Google Play