Senarai Gaji Pemain Liverpool Bagi Musim 2019/20 Didedahkan

Share on facebook
Share on twitter

Senarai gaji pemain pasukan kelab yang paling berjaya di peringkat antarabangsa, Liverpool bagi musim 2019/20 telah didedahkan dan jumlah yang dikeluarkan sangat berbaloi dengan apa yang dicapai.

Liverpool secara rasminya kini merupakan pasukan bola sepak paling hebat di muka bumi selepas berjaya menjulang trofi kejuaraan FIFA Club World Cup 2019 (CWC 2019) hujung tahun lalu.

Gah sebagai penakluk Eropah, Liverpool dengan penuh bergaya menewaskan pasukan benua lain untuk menjadi Sang Penakluk Dunia yang tiada tolak bandingnya.

Satu hakikat kau perlu telan jika kau membenci Liverpool. Kalau tak boleh telan cara biasa kepal dengan nasi.

Ini Penyelamat Dunia dalam Jejak Wira bukan penakluk dunia.

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Jurgen Klopp telah menukar pasukan yang serba sendu kepada sang juara yang boleh membuatkan berasa angkuh dan bongkak.

Hampir separuh pemain Liverpool mencapai tahap 999k petala langit dibawah bimbingan Klopp seperti Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Pemain muda yang bergelut dengan tahap Kuasa Tolakan Elektron seperti Trent Alexander Arnold telah mencapai kuasa putaran medan magnetik tahap 999k petala langit dikala usia yang muda.

Tidak mustahil Arnold mampu mencapai tahap satu juta petala langit seperti Pendekar Laut.

Liverpool juga membuktikan bahawa kuasa wang ringgit bukan jaminan untuk sesebuah pasukan itu mencapai kejuaraan dan berada di puncak.

Siapa Pemain Liverpool Dengan Gaji Tertinggi?

Dalam senarai gaji tahunan tertinggi yang dikeluarkan Liverpool berada ditangga ke-3 di belakang Manchester United dan Manchester City yang semua sedia maklum.

Manchester United membayar gaji £163.80 juta setahun kepada para pemain untuk tidak memenangi sebarang gelaran dalam tempoh 3 tahun ini.

Jiran mereka, Manchester City pula berada ditangga kedua dengan jumlah bayaran gaji keseluruhan £145.77 juta setahun. Sangat berjaya diperingkat domestik.

Penakluk Dunia, Liverpool ditempat ketiga dengan bayaran gaji tahunan secara keseluruhan £113.26 juta sahaja. Dan siapa penerima gaji paling tinggi?

1. Mohamed Salah – £200,000 seminggu

Mohamed Salah mendahului senarai pemain yang menerima gaji paling tinggi di Liverpool dengan gaji mingguan sebanyak £200,000 seminggu dan £10.4 juta setahun.

Satu pembelian paling berbaloi Liverpool dengan harga hanya £36 juta dari AS Roma dan menjadi mesin pencetak gol berprestasi tinggi dan kini telah menjaringkan 85 gol.

2. Roberto Firmino – £180,000 seminggu

Pemain Brazil yang terkenal dengan gol dan bantuan gol tanpa lihat ini berada di tempat kedua dengan gaji mingguan £180,000.

Untuk tempoh setahun Firmino menerima £9.36 juta sahaja. Sikit bukan?

3. Virgil van Dijk – £180,000 seminggu

Pemain petahanan terbaik dunia ketika ini yang membawa kestabilan yang nyata di bahagian pertahanan Liverpool dan mengeluarkan yang terbaik dari rakan segandingan.

Dengan kehadiran Alisson Becker kubu Liverpool menjadi lebih padu.

4. Jordan Henderson – £140,000 seminggu

Ketua pasukan Liverpool sejak pemergian Steven Gerrard dan mendapat penerimaan yang bercampur-baur dari peminat Liverpool dengan kasih sayang dan juga kebencian.

Jordan Henderson menerima pendapatan sebanyak £140,000 seminggu dan £7.28 juta secara tahunan.

5. James Milner – £140,000 seminggu

Pemain veteran yang berusia 33 tahun dan baru sahaja menerima lanjutan kontrak untuk bersama Liverpool ini antara pemain paling cergas dan berprestasi tinggi.

James Milner pemain yang mempunyai tenaga tidak kehabisan menerima gaji mingguan £140,000 sahaja sama macam Henderson.

Untuk senarai penuh gaji mingguan dan tahunan Liverpool boleh la korang rujuk gambar gajah di bawah.

Senarai Gaji Pemain Liverpool Bagi Musim 2019-20 Didedahkan

Dengan jumlah gaji yang dibayar Liverpool musim 2019/20 kau rasa berbaloi tak dibandingkan dengan jumlah yang dibayar dua pasukan Manchester?

Sumber : Spotrac

Share on facebook
Share on twitter