Senarai Ahli Sukan Yang Menginsurankan Bahagian Tubuh

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Insuran yang pada kebiasaannya diketahui ramai seperti insuran kereta, rumah dan nyawa. Insuran berupaya meringankan beban kewangan jika sesuatu terjadi. Jika anda berminat untuk mendapatkan insuran perlindungan hubungi penulis.

Maaf teriklan pulak. Di sini penulis ingin senaraikan ahli sukan yang menginsurankan bahagian tubuh mereka demi kesejahteraan masa depan kerjaya mereka bergantung kepada jenis sukan yang diceburi dari congkak, galah panjang, perlumbaan sehinggalah ke bola sepak.

Iker Casillas – Tangan

Sebagai penjaga gol Iker Casillas telah menginsurankan tangan yang menjadi mata pencariannya. Casillas telah menginsurankan tangannya sebanyak RM70.67 juta jika sesuatu berlaku pada tangannya sudah tentu Casillas tidak boleh melakukan ‘Hand Job’ lagi.

Nilai Polisi Insuran = RM70.67 juta

Fernando Alonso – Ibu Jari

Tangan merupakan aset penting kepada pemandu formula satu terutamanya ibu jari. Jika terjadi sesuatu kepada ibu jari macam mana nak buat ‘thumb up’ jika memenangi perlumbaan? Atas kesedaran ini Alonso mengambil insuran bagi melindungi ibu jarinya. Kesian anak-anak jari tidak mendapat perlindungan.

Nilai Polisi Insuran = RM59.49 juta

Harvey Lowe – Tangan

Tak kenal Harvey Lowe? Salah seorang pemain Yoyo terbaik dunia. Yoyo pun tak tahu? Permainan Yoyo memerlukan skill yang unik dengan menggunakan tangan kerana itulah Lowe menginsurankan tangannya. Tetapi setakat ini Lowe tidak pernah mengalami kecederaan teruk ketika bermain Yoyo.

Nilai Polisi Insuran = RM670 950

Felipe Massa – Kepala

Walaupun tangan dan ibu jari penting dalam perlumbaan F1, Massa membuat keputusan di luar kotak apabila menginsurankan kepalanya. Ada asasnya juga kenapa Massa mengambil insuran untuk kepalanya. Bayangkan Massa berlumba tanpa kepala.

Pada 2009 Massa pernah mengalami kemalangan teruk semasa sesi kelayakan dan mengalami keretakan tempurung kepala. Lama jugak berehat masa tu terpaksa penulis menggantikan Massa.

Nilai Polisi Insuran = RM4.47 juta

Takeru Kobayashi – Perut

Kes Kobayashi ni pelik sedikit kerana beliau seorang Juara Makan dalam pertandingan makan-makan. Adakah ini sejenis sukan? Apakah perlu terjadi kepada perutnya bagi membolehkan beliau membuat tuntutan insuran.

Tapi biasa la Jepun ni pelik sikit. Buat filem Porno lepas tu g censored pulak.

Nilai Polisi Insuran = RM400 470

Merv Hughes – Misai

Otai dalam sukan Kriket. Merv Hughes mempunyai banyak sebab lain untuk menjadi lagenda berbanding permainannya. Misainya yang lebat dirapi kemas dan sapu mentega itu sangan legend maka di insurankan misainya.

Nev Hughes boleh membuat tuntutan jika ada yang terpotong misainya secara tidak sengaja.

Nilai Polisi Insuran = RM1.7 juta

Troy Polamalu – Rambut

Troy Polamalu tanpa rasa malu telah diinsurankan rambutnya oleh syarikat Head and Shoulders dan dari polisi itu beliau layak membuat tuntutan jika beliau kehilangan atau mengalami masalah pada rambut.

Beliau juga merupakan jurucakap Head and Shoulders. Polamalu juga akan dibayar pampasan jika beliau kehilangan rambut selagi beliau masih menjadi jurucakap Head and Shoulders

Nilai Polisi Insuran = RM4.47 juta

Manuel Neuer – Tangan

Seperti Casillas, Neur yang terlibat dalam ‘Hand Job’ telah menginsurankan tangannya. Polisi insuran Neur dijangka meningkat seiring dengan peningkatan kerjayanya.

Nilai Polisi Insuran = RM19.23 juta

Cristiano Ronaldo – Kaki

Pemain bola sepak yang mempunyai nilai komersil paling tinggi sekarang. Bagi memastikan Ronaldo menjana pendapatan kepada Kelab, Real Madrid telah menginsurankan kaki Ronaldo yang merupakan pesona bintang.

Ronaldo juga menjual dan menjadi model seluar dalam keluarannya mungkin ada benda lagi nak diinsurankan kalau-kalau tercedera seperti melecet.

Nilai Polisi Insuran = RM485.26 juta

Lionel Messi – Kaki

Gambar : Sky Sports

Sesetengah peminat mengatakan Messi dari planet lain tapi Messi tidak lari dari mengambil insuran untuk kakinya dan Messi hanya lari dari membayar cukai kerana berasal dari planet lain. Jumlah yang dibayar Messi untuk kakinya dilaporkan antara RM2.4 juta sehingga RM3.2 juta. Jadi berapa nilai polisinya?

Nilai Polisi Insuran = RM3.5 billion

David Beckham – Kaki

David Beckham pernah memiliki polisi insuran terbesar pada zaman beliau masih beraksi dan menjadi sensasi bola sepak. Sekarang tidak dapat dipastikan Beckham masih meneruskan polisi insuran tersebut atau tidak

Nilai Polisi Insuran = RM872.24 juta