Senarai 46 Hatrik Cristiano Ronaldo

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Dalam perlawanan menentang Bayern tempoh hari, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan tiga gol, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 41 hatrik, jumlah tertinggi untuk mana-mana pemain kelab La Liga, malah lebih tinggi daripada Safee Sali, sepanjang lapan musim bersama Real Madrid.

Lapan musim 41 hatrik! Kesemua hatrik ini bermula pada tahun 2010, apabila Ronaldo berjaya menjaringkan tiga gol ketika menewaskan Real Mallorca.

Ronaldo bersama koleksi bola perlawanan yang dia jaringkan hatrik.

Sepanjang bersama Manchester United, Ronaldo sekadar melakukan satu hatrik, ketika menang 6-0 ke atas Newcastle United, meskipun menjaringkan 118 gol secara total. Bersama Portugal pula, Ronaldo berjaya menjaringkan empat hatrik.

Pecahan Hatrik Ronaldo Mengikut Kejohanan

La Liga - 32 hatrik

Liga Juara-juara - 6 hatrik

Copa Del Rey - 2 hatrik

Kejohanan Kelab Dunia FIFA - 1 hatrik

Liga Perdana Inggeris - 1 hatrik

Portugal - 4 hatrik

Jumlah Gol Keseluruhan

Hatrik Ronaldo ketika bertemu Bayern Munich juga menjadikan jumlah gol yang dijaringkan Ronaldo di pentas Liga Juara-juara kepada 100 gol.

Secara keseluruhannya pula, Ronaldo telah menjaringkan  395 gol dalam 386 penampilan buat Real Madrid, dan 518 gol dalam 711 perlawanan secara keseluruhannya. Secara purata, Ronaldo telah menjaringkan 1.02 gol untuk setiap perlawanan di La Liga. Macam senang sangat je nak jaringkan gol di La Liga.

Perincian Hatrik Ronaldo

Selain mampu melakukan rembatan tepat, Ronaldo juga mampu untuk menjaringkan gol dengan menggunakan kaki kanan, kaki kiri dan kepala. Ketika di Manchester United, Ronaldo pernah menjaringkan gol dengan menggunakan skrotum ketika perlawanan menentang West Ham.

Berikut adalah senarai kesemua hatrik Ronaldo bersama Real Madrid.

Memang lagenda budak Madeira ni.




Paparkan Komen